Isnin, 29 Jun 2026

TERAM HANYA GERTAK


IRAN TAK PEDULI

GERTAK ANCAMAN

DARI TERAM

AMIN

AMERIKA TAK

BERANI MENDARAT

HANYA BERANI

BOM DARI UDARA

KAH KAH KAH

KHALAS


Iran, AS setuju hentikan serangan, perbaharui rundingan damai


DUBAI: Iran dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju menghentikan permusuhan terbaharu di rantau Teluk serta menyambung semula rundingan berhubung pertikaian mengenai Selat Hormuz, lapor Axios.

Langkah itu dijangka berpotensi menamatkan siri berbalas serangan yang sebelum ini mengancam untuk menggagalkan perjanjian damai sementara.

Kedua-dua pihak dijadual mengadakan pertemuan esok (Selasa) di Qatar, menurut laporan Axios yang memetik seorang pegawai kanan AS.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan itu serta-merta, sementara Rumah Putih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas.



Iran gesa AS tetapkan garis masa pengunduran 'tanpa syarat' Israel dari Lubnan


ISTANBUL: Iran menggesa Amerika Syarikat (AS) menetapkan garis masa bagi pengunduran 'tanpa syarat' Israel dari semua wilayah Lubnan yang diduduki.

Ini selaras dengan memorandum persefahaman penamatan perang yang dimeterai antara Tehran dan Washington, lapor Anadolu Ajansi yang memetik sebuah akhbar tempatan.

"Penamatan perang dan operasi ketenteraan rejim Zionis terhadap Lubnan, serta pengunduran pihak yang menduduki dari semua wilayah Lubnan yang diduduki, adalah syarat penting untuk mencapai perjanjian muktamad dan berkekalan.

"Ini dapat mewujudkan kestabilan di Asia Barat," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Bagaei, pada sidang media yang dipetik Agensi Berita ISNA

Tiada ulasan: