Isnin, 29 Jun 2026

PANDANGAN KADIR JASIN


 TAKTIK POLITIK

BIJAK UNTUK

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


PAS Undi Taktikal BN di Johor Cetus Polemik Baharu Politik Melayu


KUALA LUMPUR | 29 Jun 26 – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memperlihatkan perkembangan menarik apabila PAS dilihat mengambil pendekatan taktikal dengan menyeru penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu bagi menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Pemerhati politik, A. Kadir Jasin berkata perkembangan itu berlaku dalam suasana persaingan terbuka antara BN dan PH yang masing-masing bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurut beliau, tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tafsiran terhadap hala tuju hubungan politik antara parti-parti utama, khususnya dalam kalangan blok Melayu.

Dalam kenyataan di Facebook, beliau berkata langkah tersebut berpotensi membuka ruang kepada bentuk kerjasama politik yang lebih fleksibel pada masa hadapan, bergantung kepada keputusan pilihan raya.

“Adakah ini bermakna PAS akan sertai BN bagi menubuhkan kerajaan campuran di Johor jika BN tidak menang cukup kerusi?” soalnya.

Walaupun PAS tidak mengumumkan sebarang kerjasama rasmi dengan BN, pendekatan undi taktikal itu dilihat memperlihatkan keutamaan strategi berbanding garis permusuhan politik yang tegas.

A. Kadir turut menyifatkan PRN Johor sebagai medan “free-for-all” apabila pelbagai parti bertembung secara meluas, termasuk dalam kalangan blok kerajaan sendiri.

Beliau berkata keadaan itu menjadikan Johor sebagai petunjuk awal kepada pola kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), khususnya dalam kalangan parti-parti Melayu yang berpengaruh.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pengundi PAS untuk mengundi calon BN dikawasan dimana PN tidak bertanding. @politiko.my

Tiada ulasan: