Rabu, 17 Jun 2026

BERITA MADAFAKA


MADAFAKA

MASIH MATAH 

TAAK PUAS HATI

PRN JOHOR

DI UMUM

KAH KAH KAH

HARI HARI AKHIR

SAEKOR MADAFAKA

KHALAS


Didakwa sombong: Onn Hafiz jawab kenyataan  Anwar bin Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor,  Onn Hafiz Ghazi, menegaskan beliau bukan bersikap sombong seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab kepada institusi diraja dan memelihara kesejahteraan rakyat Johor.

Menteri Besar Johor itu sekali gus menekankan bahawa beliau tidak pernah sombong untuk bekerjasama dan tidak pernah angkuh bagi menerima pandangan atau bantuan.

Bagaimanapun, Onn Hafiz berkata, beliau mempunyai prinsip, amanah dan tanggungjawab kepada institusi diraja serta kesejahteraan rakyat Johor yang mesti dipelihara.

"Saya mengambil maklum pandangan Anwar bin Ibrahim  bahawa rakyat Johor perlu memilih kepimpinan yang bijak, berprinsip, tidak sombong serta mampu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

"Suka saya ingatkan Anwar bin Ibrahim , pelantikan Menteri Besar dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor adalah atas perkenan Sultan Johor.

"Keputusan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi (pada Pilihan Raya Negeri kali ini) adalah satu keputusan yang sukar diterima oleh Anwar bin Ibrahim.

"Adakah keputusan saya dan kepimpinan BN memilih untuk berprinsip serta mendengar suara majoriti Bangsa Johor menjadikan saya seorang yang sombong?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebaliknya, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor membantu melengkapi usaha kementerian-kementerian Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Kerajaan negeri juga membantu setiap hospital, klinik dan kemudahan kesihatan awam, walaupun urusan kesihatan merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan," katanya.

Malah apabila hasil negeri meningkat, beliau berkata, Kerajaan Johor bukan saja mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri tetapi turut menghargai penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor.

"Kami berbuat demikian kerana bagi kerajaan negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat.

"Bukanlah niat saya untuk mengungkit atau berbangga dengan perkara ini. Tetapi saya dengan rendah hati ingin bertanya, dalam perkara apakah yang Kerajaan Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan?" katanya.

Tiada ulasan: