LANGKAH BIJAK
DARI IRAN
AMIN
SERANG BEDIL
SEMUA BARUA
AMERIKA
DI TIMUR TENGAH
KHALAS
Iran lancar serangan dron ke pangkalan AS di Bahrain, siren amaran dibunyikan
TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan dron ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, susulan serangan terhadap Iran yang didakwa berkaitan insiden sebuah helikopter Amerika ditembak jatuh.
"Rejim Amerika Syarikat yang gemar berperang menyerang beberapa lokasi di Jask, Sirik dan Qeshm pada awal pagi ini dengan alasan palsu, menyebabkan sebuah menara telekomunikasi di Sirik rosak serta memusnahkan dua tangki air di bandar itu," kata IRGC dalam satu kenyataan yang dipetik media Iran hari ini.
"Sebagai tindak balas terhadap tindakan kejam musuh itu, pasukan pejuang tentera laut IRGC melancarkan serangan dron ke atas Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain pada jam 2.30 pagi (2300 GMT Selasa)," menurut kenyataan berkenaan.
IRGC turut memberi amaran bahawa tindak balas yang "lebih berat" akan dilancarkan sekiranya serangan berterusan.
Armada Kelima Tentera Laut AS berpangkalan di Bahrain dan bertanggungjawab mengawasi operasi ketenteraan maritim AS di kawasan Teluk, Laut Merah, Laut Arab dan sebahagian Lautan Hindi.
Sementara itu laporan di MANAMA menyebut amaran serangan udara telah dikeluarkan di Bahrain, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Ia selepas IRGC mendakwa telah menyerang sebuah pangkalan tentera AS di negara itu hari ini.
"Siren amaran telah dibunyikan. Orang ramai dan penduduk diminta bertenang serta segera menuju ke lokasi selamat yang terdekat," menurut kenyataan kementerian itu yang disiarkan menerusi platform X.
Setakat ini, pihak berkuasa Bahrain belum mengesahkan secara terbuka sama ada siren tersebut berkait secara langsung dengan dakwaan serangan dron Iran.
Namun, arahan kepada penduduk supaya mendapatkan perlindungan menunjukkan tahap berjaga-jaga yang tinggi susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan