JADIKAN ISU
PENDATANG HARAM
PELANCUNG LESAP
ISU NASIONAL
AMIN
NEGARA AKAN
KACAU BILA RAMAI
PENDATANG HARAM
KHALAS
Isu pelarian: BAM dan GEGAR mahu tindakan, bukan retorik
KUALA LUMPUR – Batalion Anak Muda (BAM) dan Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR) menggesa Kerajaan Madani mengambil tindakan lebih tegas dan tersusun dalam menguruskan isu pelarian di negara ini demi menjaga keselamatan awam, kestabilan pasaran buruh serta kepentingan negara.
“Kami menggesa kerajaan untuk bersikap telus dengan data semasa termasuk jumlah pelarian berdaftar, kadar penempatan semula dan kapasiti sistem pemprosesan sedia ada agar rakyat dapat menilai kemajuan secara faktual,” menurut kenyataan bersama BAM dan GEGAR hari ini.
Menurut kedua-dua pertubuhan itu, walaupun kerajaan menyatakan komitmen untuk menyeimbangkan aspek keselamatan dan kemanusiaan dalam pengurusan pelarian, masih terdapat jurang ketara antara dasar yang diumumkan dengan pelaksanaan di lapangan.
Mereka mendakwa pelarian yang berada di negara ini masih bergerak bebas tanpa sistem pemantauan yang berkesan, rekod pergerakan yang dikemas kini atau mekanisme kawalan yang mengikat sehingga menimbulkan risiko keselamatan awam serta persoalan terhadap tadbir urus sedia ada.
BAM dan GEGAR berkata, antara isu yang memerlukan perhatian segera ialah ketiadaan sistem kawalan pergerakan yang komprehensif, kekurangan pusat pemprosesan pelarian yang berpusat dan terkawal, keperluan memperkukuh Sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), selain ketiadaan garis masa jelas bagi penempatan semula pelarian ke negara ketiga.
“Kedudukan bukan penandatangan Konvensyen Pelarian memberi Malaysia ruang undang-undang yang lebih luas untuk menetapkan syarat, tempoh dan mekanisme pengurusan pelarian yang sesuai dengan kepentingan negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, BAM dan GEGAR mengemukakan enam cadangan utama termasuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan terhadap pelarian berdaftar, penubuhan pusat penempatan pelarian yang berpusat dan terkawal, penetapan tempoh maksimum tiga tahun untuk penempatan semula ke negara ketiga, serta memperkukuh penguatkuasaan terhadap majikan yang menggaji pekerja tanpa dokumen.
“Masyarakat mahukan penyelesaian yang nyata. Kerajaan mempunyai mandat dan tanggungjawab untuk menjawab amanah ini dengan tindakan, bukan sekadar kenyataan,” kata BAM dan GEGAR. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan