Rabu, 10 Jun 2026

ROHINGYA TERUS JADI SASARAN

KENAPA WARGA

ROHINGYA TERUS

JADI SASARAN ?

AMIN

KENAPA TAK

TIMBULKAN

1.2 JUTA ORANG

PELANCUNG

CHINA MERAH

YANG LESAP ?

KHALAS 


Rohingya paling ramai kantoi Ops PeWA di Melaka

MELAKA: Tindakan segelintir warga Rohingya memandu dan menunggang kenderaan tanpa lesen membawa padah apabila menjadi kumpulan warga asing paling ramai ditahan dalam Ops Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, seramai 22 warga Rohingya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pelarian terbabit.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, berkata majoriti mereka dikesan menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, selain tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Beliau berkata, data itu diikuti warga Pakistan (10), Bangladesh (9), Indonesia (5) dan Vietnam (2) yang turut dikesan dalam operasi sama.

"Kebanyakan warga Rohingya menggunakan motosikal dan kenderaan milik warga tempatan dipercayai milik majikan mereka untuk pelbagai urusan termasuk bekerja," katanya pada sidang media di JPJ Bukit Katil, di sini hari ini.

Siti Zarina berkata, kawasan sekitar Kampung Limbongan dikenal pasti antara lokasi menjadi tumpuan warga Rohingya dan menjadi fokus utama penguatkuasaan berdasarkan risikan serta pemantauan pihak JPJ.

Beliau berkata, Merlimau dan Melaka Sentral turut dikenal pasti sebagai antara laluan utama yang sering digunakan warga asing.

Katanya, setakat semalam, JPJ Melaka memeriksa 2,322 kenderaan dalam pelbagai operasi penguatkuasaan melibatkan membabitkan asing dan hasil pemeriksaan itu, sebanyak 774 kenderaan dikenakan tindakan, 177 disita, manakala 951 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan statistik keseluruhan dari 1 Januari hingga 9 Jun lalu, warga Indonesia merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 52 kes, diikuti Pakistan dengan 42 kes dan Bangladesh sebanyak 38 kes.

Tiada ulasan: