Isnin, 22 Jun 2026

KES INI BOLEH MINTA AMPUN


JANGAN RISAU

KAH KAH KAH

SAP SAP SUI

KES INI BOLEH

MINTA AMPUN

AMIN

SONGLAP  TAK

SAMPAI 20 JUTA

KAH KAH KAH

NAJIB SONGLAP

2 BILION RINGGIT

PUN BOLEH

 MINTA AMPUN

AMIN

ROSMAH MASIH

BEBAS TAK 

MASUK JIL

KAH KAH KAH

KHALAS



Penjara 15 tahun, denda RM284.2j: Rayuan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS terhadap hukuman kes rasuah ditangguh


KUALA LUMPUR: Rayuan Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dihukum penjara 15 tahun dan denda RM284.2 juta oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menggunakan kedudukan dan pengubahan wang haram ditangguhkan kepada 21 September ini.

Pada 6 Julai 2023, Mahkamah Sesyen mendapati Otman Arsahd, 67, bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, 14 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi hari ini sepatutnya mendengar rayuan itu, namun peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Otman, memohon ia ditunda ke tarikh lain pada September ini.

Ia berikutan pihaknya hanya menerima eksibit, nota keterangan setebal 4,000 muka surat dan alasan penghakiman kes berkenaan pada 4 Jun lalu..

Katanya, pembelaan juga telah menghantar dua surat permohonan penangguhan, masing-masing bertarikh 14 Jun dan 19 Jun lalu.

Sehubungan itu, Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding, namun mengingatkan tiada lagi permohonan serupa kerana tarikh prosiding dipersetujui semua pihak ketika pengurusan kes terdahulu.

"Kita telah tetapkan (tarikh) untuk mendengar kes ini, tetapi saya tidak mahu dikatakan mahkamah ini tidak prihatin dengan masalah dan kesulitan pihak-pihak. Kes ini Julai 2023, agak lama untuk rayuan didengar kerana ini kali pertama penangguhan yang kita tetapkan untuk pendengaran rayuan.

"Saya terpaksa benarkan, tetapi saya harap tiada lagi permohonan untuk menangguhkan kes ini," katanya.

Mahkamah kemudian melapangkan tarikh pendengaran sebelum ini dan menggantikan kepada 21, 22 dan 23 September ini.

"Saya percaya dengan kerjasama pihak-pihak, kes ini boleh diselesaikan pada tahun ini," tambah Noor Ruwena.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh, Haresh Prakash Somiah dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Pada 6 Julai 2023, Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara 243 tahun dan denda RM190 juta atau penjara 119 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Bagi 15 tuduhan salah guna kedudukan pula, tertuduh dipenjara 85 tahun dan denda RM10.8 juta atau penjara 125 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, bagi 64 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara antara tiga bulan hingga 11 tahun dan denda RM83.4 juta atau penjara 934 bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Bagaimanapun, Kamarudin mengarahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula 6 Julai 2023, menjadikannya selama 15 tahun.

Mahkamah membenarkan Otman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda dan penjara dengan syarat wang jaminan ditambah sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin. Sebelum ini, Otman dijamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Pada 21 April 2016, dia didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram.

Tiada ulasan: