Isnin, 22 Jun 2026

NETAYAHU SABOTAJ PROJEK TRUMP


INI MAKNANYA

PERANG AKAN

DI SAMBUNG

AMIN

SELAT HORMUZ

DI TUTUP

AMIN

MINYAK NAIK

HARGA

AMIN

EKONOMI DUNIA

MENUJU RUNTUH

KHALAS


PM Israel tegas tentera kekal di selatan Lubnan selagi diperlukan


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan tentera Israel akan terus berada di selatan Lubnan selagi ia diperlukan dan berikrar untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

"Kami akan kekal berada di zon keselamatan di selatan Lubnan selagi diperlukan demi melindungi penduduk di wilayah utara serta seluruh rakyat Israel... Tiada apa yang dapat mengubah komitmen berkenaan.

"Mengenai Iran, apa jua perkembangan politik yang bakal berlaku, saya sama sekali tidak akan membenarkan Iran memperoleh senjata nuklear. Selagi saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel, perkara itu tidak akan terjadi," katanya.

Semalam, Netanyahu ketika berucap di sebuah majlis awam sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa perang di Asia Barat sudah mencapai matlamat utama Israel, iaitu menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear.

"Kami sudah menghalang Iran daripada melaksanakan rancangan untuk memusnahkan kami, yang mana hari ini mereka sepatutnya sudah mempunyai bom atom untuk berbuat demikian.

"Kami berjaya menghalang perkara itu daripada berlaku. Kami sudah menghapuskan ancaman yang menggugat kewujudan kami. Jika kita tidak bertindak... Iran pasti sudah memiliki bom atom dan percayalah, mereka akan menggunakannya. Itulah yang berjaya kami sekat," katanya.

Netanyahu mendakwa, kempen bersama antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel sudah memberi tamparan hebat kepada Pengawal Revolusi Iran iaitu mereka mungkin tidak akan pulih dalam tempoh yang lama.

"Ini kerana apabila anda memberikan tamparan hebat seperti ini dan apabila jurang antara rejim dengan rakyatnya menjadi terlalu dalam, anda tidak akan tahu bila rejim sedemikian akan tumbang.

"Saya berpandangan kami sudah mewujudkan keadaan untuk ia tumbang. Kejayaan sebenar adalah apabila rakyat Iran menentukan hala tuju mereka sendiri dan menumbangkan rejim zalim ini yang selama ini melakukan keganasan terhadap mereka serta seluruh dunia," katanya.



Tiada ulasan: