WOIT
INI BAHAYA
JUAL GAJAH
LEBIH LUMAYAN
DARI JUAL DADAH
AMIN
HUKUMAN ZAMAN
SULTAN MELAKA
AMAT MUDAH
AMIN
DIPIJAK OELH
GAJAH
KAH KAH KAH
KHALAS
SPRM siasat isu pemindahan DAK ke Jepun
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun susulan dakwaan ketirisan pembayaran dan kemungkinan wujud unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam urusan berkenaan.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, siasatan tertumpu kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta ejen yang terlibat dalam proses pemindahan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK).
Menurut SPRM, tindakan itu diambil selepas pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) pada 18 Jun lalu menggesa suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan terhadap urusan pemindahan DAK ke Jepun.
Pertubuhan tersebut turut mendakwa, terdapat bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.
“Susulan itu, SPRM turut menyiasat dakwaan ketirisan tersebut serta meneliti sama ada wujud sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan berkenaan,” menurut kenyataan.
Bagaimanapun SPRM menegaskan, siasatan masih berada pada peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan fakta serta bukti yang berkaitan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berlangsung.
SPRM turut menegaskan komitmennya untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya terdapat bukti yang mencukupi untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan