Selasa, 16 Jun 2026

MADAFAKA LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN


MADAFAKA

LEBIH ZALIM DARI

MAHAFIRAUN

KHALAS


Mahathir: Ada rasa takut, negara bukan lagi bawah kedaulatan undang-undang

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa wujud persekitaran yang menakutkan di negara ini apabila rakyat berasa keselamatan diri mereka terancam.

Mahathir berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada diri mereka seperti hilang, ditemui mati atau diculik.

"Mereka tidak merasakan perlindungan undang-undang. Malah undang-undang menjadi satu ancaman. Ia mungkin digunakan untuk menghalalkan salah laku.

"Ia mungkin disalahgunakan. Perbuatan yang salah mungkin dihalalkan dan yang betul (mengikut undang-undang yang sama) mungkin menarik hukuman. Perbuatan jenayah yang jelas telah diampunkan," katanya dalam satu hantaran di media sosial, malam semalam.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebarang kejadian yang didakwanya itu.

Mengulas lanjut, Mahathir mendakwa jenayah serius yang jelas berlaku tidak disiasat, sebaliknya apabila tiada jenayah dilakukan, siasatan pula dihentikan atas arahan pihak tertentu.

Katanya, situasi semasa ini memberikan gambaran seolah-olah negara tidak lagi ditadbir mengikut prinsip kedaulatan undang-undang.

"Ia amat menakutkan," katanya lagi.

Tiada ulasan: