JELAS PROJEK
DAMAI TERAM
KENA SABOTAJ
JENG JENG JENG
JUMAAT INI JADI
TANDA TANGAN
MOU DI GENEVA
ATAU TAK JADI?
KAH KAH KAH
KHALAS
Tentera Israel tidak akan undur dari Lubnan, Syria, Gaza - Netanyahu
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan tentera Israel akan terus berada di Gaza, Lubnan dan Syria "selama mana yang diperlukan", beberapa jam selepas perjanjian antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) diumumkan bagi menamatkan perang di Asia Barat.
"Kami telah mewujudkan zon keselamatan yang mendalam di sekeliling Negara Israel. Kami melakukannya di Gaza, di Lubnan dan di Syria," kata Netanyahu dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.
"Saya mahu menjelaskan dengan tegas: kami akan kekal di zon-zon keselamatan ini selama mana yang diperlukan untuk melindungi negara kami," katanya.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, turut mengeluarkan kenyataan yang sama lebih awal.
"Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan saya sedang melaksanakan dasar yang jelas, iaitu Angkatan Pertahanan Israel (IDF) akan kekal di zon keselamatan di Lubnan, Syria dan Gaza untuk tempoh yang tidak terhad bagi melindungi sempadan serta komuniti Israel daripada ancaman unsur-unsur jihad," katanya dalam satu kenyataan.
Katz turut memberi amaran kepada Iran bahawa sekiranya negara itu menyerang Israel sebagai tindak balas terhadap kempen ketenteraan Israel di Lubnan, Israel akan membalas dengan "kekuatan penuh".
Kenyataan itu dibuat ketika perjanjian damai antara AS dan Iran masih menimbulkan persoalan mengenai masa depan konflik di Lubnan, khususnya melibatkan Hezbollah yang disokong Iran dan operasi ketenteraan Israel di kawasan berkenaan. - ArabNews


Tiada ulasan:
Catat Ulasan