Isnin, 27 Julai 2026

AMERIKA TAK SERANG IRAN TAK SERANG


BERITA BAIK

AMERIKA DAH

HABIS PELURU

KAH KAH KAH

BERHENTI KEJAP

KUMPUL PELURU

SAMBUNG PERANG

KHALAS 


Iran tidak akan henti menyerang balas selagi AS teruskan serangan

DUBAI: Iran akan menghentikan serangannya selagi Amerika Syarikat (AS) tidak melancarkan serangan baharu, kata seorang pegawai kanan Iran kepada Reuters.

Pegawai Iran yang enggan dikenali itu berkata, pendirian Tehran kekal berasaskan prinsip 'serangan dibalas dengan serangan'.

"Jika serangan dihentikan, Iran juga akan menghentikan operasinya. Perkara itu sudah disampaikan kepada pihak AS," katanya.

Perkembangan itu berlaku selepas AS menggantung sementara kempen pengebomannya terhadap Iran susulan Presiden AS, Donald Trump, dimaklumkan oleh penasihatnya bahawa sasaran serangan semakin berkurangan dan kebimbangan stok senjata AS semakin susut.

Selepas melancarkan serangan udara 13 malam berturut-turut ke atas Iran, Pentagon menghentikan operasi itu lewat Jumaat lalu, tanpa sebarang serangan AS dilaporkan pada Sabtu dan Ahad.

Sumber kanan Iran itu bagaimanapun berkata, Tehran tidak terlalu yakin keputusan Trump menghentikan sementara serangan menandakan perubahan besar dalam pendirian rundingan Washington.

"Lebih banyak keraguan berbanding keyakinan terhadap serangan yang dihentikan ini. Pandangan utama ialah langkah itu bersifat taktikal dan bukannya benar-benar mahu meredakan konflik.

"Iran sudah mempunyai pengalaman pahit yang mencukupi terhadap apa yang dianggap sebagai helah dan penipuan AS," katanya.

Iran yang sebelum ini membalas setiap serangan malam AS dengan melancarkan serangan ke atas negara jiran yang menempatkan pangkalan tentera AS, turut tidak melancarkan sebarang serangan sejak dua hari lalu.

Duta Besar AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mike Waltz, berkata Trump membuat keputusan menghentikan sementara serangan bagi memberi peluang kepada usaha diplomatik.

"Beliau memberi sedikit ruang kepada rundingan untuk diteruskan," katanya dalam program Fox News Sunday dan beberapa media AS lain, tanpa mengulas lanjut.

Seorang pegawai AS yang juga enggan dikenali berkata, pegawai tentera memaklumkan bahawa kempen pengeboman selama dua minggu itu hampir menghabiskan semua sasaran yang dikenal pasti sebelum ini, terutama bagi mengekang ancaman Iran terhadap laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Menurutnya, operasi ketenteraan berskala besar masih menjadi pilihan, namun Pengerusi Ketua Turus Bersama AS, Jeneral Dan Caine, memberi amaran secara tertutup kepada Trump bahawa tindakan itu berisiko kerana boleh menjejaskan stok peluru dan persenjataan AS.

Beliau berkata, kebimbangan itu termasuk penyusutan peluru pemintas yang digunakan sistem pertahanan udara AS di Asia Barat.

Pejabat Caine dan Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) enggan mengulas perkara itu.

Dalam program 'Meet the Press' terbitan NBC, Waltz berkata tentera AS mempunyai segala keperluan untuk meneruskan operasi.

Namun mengakui Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, mengambil alih jawatan ketika stok persenjataan negara itu sudah pun berkurangan.

CNN melaporkan Naib Presiden AS, JD Vance, turut menyuarakan keraguan terhadap kempen ketenteraan itu.

Sementara itu, Axios melaporkan Panglima Tertinggi Tentera AS di Asia Barat, Laksamana Brad Cooper, menasihatkan supaya kempen pengeboman dihentikan kerana ia sudah mencapai had keberkesanannya. — REUTERS

Tiada ulasan: