KDN PERLU
JELASKAN
PADA RAKYAT
DITAHAN UNTUK
BUAT APA?
AMIN
HANTAR PULANG
SAPA BAYAR ?
AMIN
BERAPA LAMA
AKAN DI TAHAN?
AMIN
BERAPA RIBU
TOTAL YG DAH
DITAHAN
SEKARANG?
AMIN
BERAPA JUTA
MASIH HILANG?
KHALAS
Operasi PATI diteruskan biarpun depot penuh – Saifuddin
PUTRAJAYA – Operasi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) akan diperhebatkan tanpa sebarang kelonggaran meskipun depot imigresen di seluruh negara berdepan masalah kesesakan, memandangkan isu itu berkait rapat dengan keselamatan dan kedaulatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu meneruskan momentum serbuan bagi memastikan warga asing yang berada di negara ini mematuhi Akta Imigresen termasuk memiliki dokumen sah, tidak tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan tidak menyalahgunakan pas lawatan.
“Negara kita terbuka dan memberi peluang kepada mereka mencari rezeki, tetapi mereka juga perlu mematuhi undang-undang negara.
“Jika didapati melanggar peraturan, tindakan sewajarnya termasuk penahanan di depot imigresen perlu diambil,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini
Saifuddin berkata, Malaysia kini mempunyai 19 depot imigresen, namun kapasiti penempatan sedia ada telah melebihi had susulan peningkatan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan.
Katanya, isu kesesakan depot sering mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan aspek kemanusiaan, namun kerajaan perlu mengimbangi antara penguatkuasaan undang-undang dan kebajikan tahanan.
Saifuddin turut mendedahkan dalam pertemuan dua hala antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu.
“Namun, beliau juga menegaskan sekiranya rakyat Indonesia melanggar undang-undang domestik Malaysia, maka Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang negara ini,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan