Isnin, 27 Julai 2026

HUTANG NEGARA TERUS BERTAMBAH


JIKA TAK

 HUMBANKAN 

MADAFAKA

HUTANG NEGARA

MAKIN BERTAMBAH

KHALAS

Hutang Sebenar Negara Meningkat

Kalau kita buat kenyataan kepada kecerdasan buatan (AI) mengenai hutang kerajaan, antara respons yang akan kita peroleh adalah, Perdana Menteri menjelaskan yang hutang baru kerajaan berkurangan walaupun jumlah terkumpul bertambah.

Anwar  bin Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, antara lain, menyalahkan keadaan itu kepada bayaran faedah yang “sangat besar” bagi hutang-hutang lama.

Kepada yang kurang faham ekonomi, kewangan dan perangkaan, kenyataan yang berbelit-belit dan berbeza-beza ini tentulah mengelirukan.

Tetapi itulah realiti ekonomi dan perangkaan. Ia boleh dilihat daripada banyak sudut untuk memberikan gambaran yang dihendaki yang tidak semestinya tepat dan benar.

Lebih kurang macam kita melihat melalui jendela. Lihat dari dalam ke luar, kita akan dapat satu pemandangan. Pandang dari luar ke dalam, lain pula perspektifnya. Lagi-lagilah kalau jendela itu berlangsir atau diperbuat daripada kaca pelbagai warna.

Salah satu cara mengukur hutang adalah dengan membandingkannya dengan saiz ekonomi negara iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hutang kerajaan mula naik pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19. Ia meningkat kepada 62.1 peratus KDNK atau 9.6 peratus berbanding tahun 2019. Pada tahun 2021, ia naik lagi kepada 63.3 peratus tetapi turun kepada 60.2 peratus pada tahun 2022.

Dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Perpaduan Madani, dari penghujung 2022 hingga sekarang, nisbahnya naik kepada 64.3 peratus KDNK pada tahun 2023, 64.6 peratus 2024 dan 65.2 peratus 2025. Bagi suku pertama tahun ini, nisbahnya turun kepada 63.1 peratus.

Daripada sudut jumlah pula, portal rasmi Kementerian Kewangan mengatakan, hutang kerajaan pusat meningkat dengan banyak dalam tempoh satu dekad lalu, bagi mencapai RM1.32 trilion pada akhir tahun lalu.

Pinjaman tahunan kerajaan yang memuncak kepada lebih RM200 bilion ketika pandemik mula berkurangan. Di bawah program konsolidasi kewangan, pinjaman kasar turun kepada kira-kira RM184 bilion tahun lalu. Pinjaman tahun ini dianggarkan antara RM74.6 bilion hingga RM77.2 bilion.

Kesimpulannya, apa yang fundamental dan konsisten adalah hutang rasmi, tidak kira diambil oleh kerajaan dan Perdana Menteri mana, yang kena tanggung adalah rakyat jelata dan pembayar cukai.

Tahun lalu, kos pengurusan hutang dianggarkan RM54.4 bilion atau kira-kira 16.3 peratus daripada hasil kerajaan. Anggaran tahun ini meningkat kepada RM58.3 bilion.

A Kadir Jasin 
27 Julai 2026.


Tiada ulasan: