Isnin, 13 Julai 2026

BERITA MENAKUTKAN


TERAM BERJAYA

KACAU PASARAN

MINYAK DUNIA

AMIN

JIKA BERTERUSAN

EKONOMI JATUH

AMIN

ZAMAN MELESET

 AKAN SAMPAI

KHALAS

Harga minyak dunia melonjak lebih 4 peratus susulan konflik AS-Iran


LONDON: Harga minyak dunia melonjak lebih empat peratus apabila Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus saling melancarkan serangan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak berhubung kawalan di Selat Hormuz.

Minyak mentah Brent, penanda aras utama pasaran antarabangsa, meningkat kepada AS$79.17 (kira-kira RM336) setong bagi penghantaran September setakat jam 3 pagi GMT.

Paras itu merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak 22 Jun lalu, ketika kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga global terus meningkat.

Kenaikan harga didorong kebimbangan pelabur bahawa konflik yang semakin memuncak di sekitar Selat Hormuz boleh menjejaskan aliran eksport minyak mentah dan gas asli dari rantau Teluk.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia, dengan kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak global melalui laluan sempit itu setiap hari.

Peningkatan ketegangan antara AS dan Iran sekali lagi mencetuskan kebimbangan pasaran mengenai risiko gangguan bekalan, sekali gus mendorong harga minyak dunia terus meningkat. – AL JAZEERA

Tiada ulasan: