PENDATANG
HARAM JADI
ISU GLOBAL
AMIN
UK ITALI SWISS
AMERIKA CANADA
FRANCE JERMAN
AFRIKA SELATAAN
SEMUA HADAPI
PENDATANG HARAM
AMIN
WAJIB DI TANGANI
SECARA GLOBAL
KHALAS
Imigresen tahan 503 warga asing dalam Op Mega, majoriti tinggal lebih masa, salah guna pas
KUALA LUMPUR: Seramai 503 warga asing ditahan Jabatan Imigresen di 18 lokasi seluruh negara secara serentak sejak semalam, menerusi Op Mega dan jumlah dijangka terus meningkat apabila operasi itu diterukan lagi hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen,Zakaria Shaaban berkata operasi berkenaan menyasarkan premis perniagaan yang disyaki menggaji pekerja asing secara tidak sah atau dikendalikan oleh bukan rakyat Malaysia.
"Seramai 2,260 individu yang terdiri daripada warga asing dan majikan diperiksa sepanjang operasi dijalankan. Daripada jumlah itu, 503 ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya pada sidang media selepas Op Mega di Jalan Kenanga, di sini, hari ini.
Operasi berkenaan disertai 876 pegawai daripada Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Zakaria berkata seramai 120 individu turut diberikan Borang 29 bagi membantu siasatan sebagai saksi.
Katanya, semua warga asing yang ditahan itu berusia antara 21 hingga 52 tahun termasuk 95 wanita.
"Mereka terdiri daripada 290 warga Bangladesh, 101 warga Myanmar, 66 warga Indonesia, 38 warga Nepal, 36 warga India dan 10 lagi warganegara lain. Semua tahanan akan ditempatkan di depot tahanan Imigresen di seluruh negara untuk siasatan dan tindakan susulan," katanya.
Zakaria berkata antara kesalahan dikesan dilakukan warga asing berkenaan adalah tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan memiliki kad perjalanan tidak diiktiraf.
Katanya, kesalahan paling banyak dikesan adalah membabitkan kesalahan tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas.
"Ada yang memiliki pas bagi sektor pembinaan tetapi bekerja di kedai kain atau premis pakaian.
"Kita turut menahan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk semakan lanjut bagi mengesahkan ketulenan kad berkenaan," katanya.
Zakaria berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas proses pengesahan selesai, termasuk membebaskan mereka atau menyerahkan mereka kepada UNHCR jika didapati layak.
Katanya, Imigresen akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai hotspot warga asing.
"Kita mengenal pasti lebih 200 `hotspot' di seluruh negara, dengan lebih 100 daripadanya berada di sekitar Lembah Klang. Kita tidak akan berkompromi dan memberi ruang kepada warga asing berada di negara ini secara tidak sah atau berleluasa," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan