Isnin, 13 Julai 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 13 JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

GENCATAN SENJATA TAMAT


IRAN TERUS MENYERANG PANGKALAN MILITER AMERIKA DI JORDAN, QATAR , UAE DAN BAHRAIN.

Mat Teram buat lawak – dia kata SELAT HORMUZ TERBUKA UNTUK KAPAL LALU MASUK – kah kah kah.

SATU DUNIA tahun Selat Hormuz telah di tutup oleh IRGC – Soldadu Iran – yang lalu hanya kapal yang ikut arahan Iran. Amin.

BANGKOK
Sebuah PUB terbakar  di Bangkok – 27 mati terbakar – 22 cedera parah. Siasatan masih berjalan.

PRN JOHOR
Keputusan  amat jelas – PROJEK BERSATU HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM BERJAYA -  Ini langkah pertama – sesudah ini projek yang sama wajib di jalankan di Negeri Sembilan.

YB NGA KOR MING 
Sosok ini adalah pembantu dan pemangkin GERAKAN PERPADUAN  UMMAH – YB Nga adalah contoh politikus yang amat-amat kita perlukan untuk PENYATUAN MELAYU.

UMNO – MELAYU ISLAM
PAS – ISALAM MELAYU
Dua komponen ini di per satukan oleh sosok yang bernama YB NGA KOR MING.

Peranan Nga Kor Ming ini amat penting – justeru kita wajib mengalu-alukan watak seperti Ronnie Liu dan Tony Pua – mereka JUGA SAMA MEMBANTU  GERAKAN PERPADUAN UMMAH.

Kata-kata dan ucapan  mereka yang melahirkan MELAYU BERSATU UNTUK TANAH MELAYU – amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – sejuk – Matahari belum muncul – Langit biru bercapuk awan kelabu. KL & KL Sentral berkabus agak tebal –

Gua masih menapak di Lorong Masuk – ramai datang menyongsong  gua – ha ha – pagi ini ramai yang datang – Siti dan Puppy Itam ada – Ibu Garang pun ada – Jantan Putih pun ada –

Gua beri nasi – semua makan – tanpa gaduh – tapi Puppy Itam dan Siti agak takut-takut pada senior.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga Siti mengekor – Pulang di Wakaf Pertama – ramai lagi menunggu – ha ha ha – Pagi ini Tiong Laki Bini datang dengan kawan.

Berjalan pulang gua terdengar suara Gak Gak Gak – tapi agak jauh – Di Bukit Terkukur tak henti bersuara.

Hari ini akan panas. Malam  gua harap berangin sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN

BRO
Akar seruntun gula Melaka
Di tepi lembah sebelah paya
Menggarap pantun mengutuk  Madafaka
Pengeras semangat ke jalan raya

Burung kenari terbang berkelana
Perling jelata di tepi Istana
Pantun bestari digarap bersama
Guling Madafaka niat utama

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA

Tiada ulasan: