Rabu, 15 Julai 2026

DAP JADI BUNGA BABI


DAP HANYA

PERHIASAN

KAH KAH KAH

MEJA BABI

KATIL BABI

ATAU

BUNGA BABI

JADI PENGHIAS

KAH KAH KAH

KHALAS


Kedudukan PH dalam Kerajaan Melaka sekadar ‘perhiasan’


MELAKA – Kedudukan Pakatan Harapan (PH) Melaka, khususnya DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri selama ini hanyalah sebagai pelengkap atau ‘perhiasan’ kepada Putrajaya, bukannya rakan yang membentuk kerajaan secara rasmi.

Ketua Menteri, Rauf Yusoh berkata, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, Barisan Nasional (BN) tidak membentuk kerajaan bersama mana-mana parti lain, sebaliknya hanya mengambil pendekatan persefahaman seperti diamalkan di peringkat Persekutuan.

“Sebenarnya dalam pembentukan kerajaan Melaka selepas pilihan raya yang lepas, kita tidak membentuk kerajaan dengan mana-mana parti lain untuk mendukung pembentukan sebuah kerajaan.

“Saya mengambil pendekatan persefahaman yang ada di Putrajaya supaya ia diwujudkan di Melaka tanpa membentuk kerajaan dengan mana-mana parti untuk mendukung pembentukan kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka ini.

“Apa yang saya tekankan bahawa kedudukan mereka adalah pelengkap kepada perhiasan perpaduan yang digambarkan di Putrajaya,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) Melaka diwakili empat ADUN DAP dan Amanah Melaka menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri susulan bantahan terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan sehingga tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.

Menurut Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka, sepanjang tempoh kerjasama itu, kerajaan negeri berjaya ditadbir dengan harmoni walaupun tanpa sebarang perjanjian rasmi antara BN dan PH.

“Kita telah berjaya menjalankan pentadbiran kerajaan dengan penuh harmoni dan tanpa prasangka sehinggalah ke hari ini.

“Mereka juga boleh menilai bagaimana kita menguruskan kerajaan ini dengan baik dan menunjukkan kewibawaan sebuah kerajaan dalam membangunkan negeri Melaka,” katanya.

Mengulas keputusan PH khususnya DAP menarik diri daripada kerajaan negeri, Ab Rauf berkata beliau menghormati pendirian parti itu dan tidak akan menganggap perbezaan pandangan sebagai permusuhan.

“Saya tidak boleh menghalang keputusan parti mereka kerana keberadaan mereka dalam kerajaan ini umpama kita bernikah tidak berkadi, bercerai tidak bertalak…dipersilakan.

“Maksudnya kita tidak ada satu perjanjian rasmi yang menyebabkan kita boleh tuntut harta sepencarian dan kita bersanding tidak berpelamin,” katanya. 
 

Tiada ulasan: