Rabu, 15 Julai 2026

DUIT ADA UNTUK HAPUS PTPTN


DENGAN JUMLAH

 DUIT  40 BILION

 BOLEH  BUAT 

PERUMAHAN

RAKYAT

AMIN

BOLEH HAPUS 

PTPTN

AMIN

Kerajaan dijangka tanggung subsidi bahan api RM40 bilion tahun ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka menanggung subsidi petroleum hampir RM40 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia kekal pada paras semasa susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi tekanan besar kepada pasaran tenaga global.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari lalu sebelum jumlah itu melonjak kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April akibat kenaikan mendadak harga minyak dunia.

Menurut beliau, subsidi tersebut kemudian menyederhana kepada sekitar RM4 bilion sebulan pada Mei dan Jun, manakala harga minyak terus menunjukkan trend penurunan pada Julai.

“Jumlah subsidi keseluruhan bagi tahun ini tertakluk kepada perkembangan krisis di Asia Barat dan pergerakan harga minyak mentah dunia,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Syahir Che sulaiman (PN-Bachok) mahu kerajaan menyatakan penilaian terkini terhadap kesan konflik di Asia Barat berkaitan perbelanjaan subsidi bahan api negara serta bagaimana peningkatan keseluruhan kos subsidi boleh menjejaskan sasaran defisit fiskal bagi tahun 2026.

Mengulas lanjut Chin Tong berkata, walaupun kenaikan harga minyak meningkatkan beban subsidi kerajaan, keadaan itu turut memberi manfaat dari sudut hasil negara apabila setiap kenaikan AS$1 setong harga minyak mentah dunia dianggarkan menambah sekitar RM300 juta kepada hasil berkaitan petroleum Kerajaan Persekutuan, tidak termasuk dividen Petronas.

Katanya, peningkatan hasil itu membantu menampung sebahagian tekanan tambahan terhadap perbelanjaan subsidi bahan api, selain kerajaan terus memantau prestasi kutipan hasil secara berkala bagi memastikan keupayaan menampung perbelanjaan mengurus negara.

Mengulas langkah kerajaan menghadapi kesan konflik Asia Barat, Chin Tong berkata, situasi ekonomi semasa dipantau secara berterusan melalui sesi libat urus mingguan oleh Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat kekal terjamin, mengawal peningkatan kos sara hidup serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam jangka panjang.

“Langkah intervensi yang jelas, komprehensif dan teratur telah membantu mengekalkan tahap perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara secara ketara,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan menyemak semula unjuran fiskal 2026 yang akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 berdasarkan perkembangan ekonomi semasa serta prestasi hasil dan perbelanjaan sehingga separuh pertama tahun ini.

Sementara itu menjawab soalan tambahan, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai pelaksanaan sistem BUDI Madani, Chin Tong berkata, sejak September tahun lepas sistem itu telah terbukti berkesan sebagai mekanisme penyerap kejutan bagi melindungi rakyat daripada impak kenaikan harga minyak dunia.

Katanya, kerajaan mengambil masa lebih dua tahun meneliti pelbagai cadangan termasuk saranan pakar ekonomi dan Bank Dunia supaya subsidi petrol dimansuhkan serta digantikan dengan bantuan tunai sebelum memperkenalkan sistem tersebut.

“BUDI bukan sahaja mengutamakan keperluan rakyat, malah membantu mengekang aktiviti penyeludupan dan memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia yang layak.

“Sekiranya sistem BUDI tidak diwujudkan, ramai rakyat Malaysia akan terkesan secara langsung ketika harga minyak melonjak pada Mac dan April susulan krisis Asia Barat,” ujarnya.

Beliau menegaskan, kerajaan kekal komited meneruskan agenda konsolidasi fiskal melalui pelaksanaan subsidi bersasar, penyusunan semula keutamaan perbelanjaan, peningkatan kecekapan perbelanjaan serta pengukuhan kutipan hasil dan pematuhan cukai tanpa menjejaskan kebajikan rakyat. – MalaysiaGazette.

 

Tiada ulasan: