Khamis, 30 Julai 2026

MAT TERAM MENGARUT LAGI


MAT TERAM

MENGARUT LAGI

KAH KAH KAH

BERAPA RATUS

KALI ANCAM

NAK BOM

KAH KAH KAH

SEMUA HASIL

TARAAAAK

KAH KAH KAH

KHALAS


Trump beri amaran akan hentam Iran dengan dahsyat


TEHRAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikrar akan bertindak balas dengan keras lagi dahsyat terhadap Iran selepas negara itu menyerang pangkalan tentera AS di Jordan, semalam.

Amaran itu dikeluarkan ketika konflik di Asia Barat kembali memuncak dan sekali lagi membabitkan kumpulan proksi yang disokong Iran.

Semalam, Arab Saudi dan AS mengumumkan serangan ke atas pangkalan kumpulan militan di Iraq, manakala sekutu rapat Washington, Israel, menuduh Hizbullah melanggar gencatan senjata.

Arab Saudi yang menjadi pengeksport minyak terbesar dunia, melaporkan serangan dron selama dua hari berturut-turut.

Serangan itu menyasarkan kemudahan minyak mentahnya dan menuduh kumpulan bersenjata Iraq yang bersekutu dengan Tehran bertanggungjawab.

Iran pula melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Jordan, sekutu AS, manakala media kerajaan Iran kemudian melaporkan serangan AS berhampiran sempadan republik Islam itu dengan Iraq.

Terdahulu, tentera Jordan berkata pihaknya berjaya memintas lima peluru berpandu Iran, manakala Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa sasaran serangan itu ialah pangkalan tentera AS di negara berkenaan.

"Selagi ancaman terhadap Republik Islam Iran berterusan… perjuangan penentangan akan diteruskan," katanya.

Trump memberitahu Fox News bahawa AS akan menyerang mereka dengan keras.

"Kami akan membelasah mereka habis-habisan," katanya.

Penganalisis keselamatan dan penyelidik Arab Saudi, Hesham Alghannam, berkata Tehran kini menggunakan rangkaian proksinya untuk mengekalkan pengaruh dan saluran diplomatik menarik perhatian masyarakat antarabangsa."

Pada masa sama, televisyen kerajaan Iran melaporkan serangan AS di kawasan sempadan Piranshahr, di mana sebuah peluru berpandu mengenai kawasan tidak berpenghuni.

Sementera itu, Israel menuduh Hizbullah melancarkan dron pada waktu malam ke arah sebuah kenderaan Israel di dalam wilayah Lubnan.

Israel berkata tindakan itu adalah pelanggaran terang-terangan terhadap gencatan senjata.

Di Iraq, operasi udara bersama AS dan Arab Saudi dilancarkan susulan serangan terhadap kemudahan minyak Arab Saudi.

Tentera AS berkata, lokasi logistik dan simpanan senjata milik kumpulan yang bersekutu dengan Iran menjadi sasaran serangan berkenaan.

Pakatan Hashed al-Shaabi di Iraq memaklumkan serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 anggotanya.

Pakatan itu mengecam tindakan berkenaan sebagai peningkatan berbahaya terhadap sebuah institusi keselamatan rasmi.

Dua pegawai Hashed, berkata lima penasihat Iran turut terbunuh dalam serangan itu.

Iraq mengecam serangan AS-Arab Saudi itu dan menegaskan ia menolak semua bentuk pencerobohan, tanpa mengira pihak yang bertanggungjawab atau alasan yang diberikan.

Majlis Menteri Keselamatan Negara Iraq berkata ia akan menangani sebarang pencabulan terhadap kedaulatan Iraq dan menghalang mana-mana pihak daripada menggunakan wilayah Iraq untuk mengancam negara jiran.

Bagaimanapun, menurut Fox News, Trump berkata serangan itu diselaraskan dengan kerajaan Iraq.

Serangan itu berlaku ketika AS terus meningkatkan tekanan terhadap Iraq supaya melucutkan senjata kumpulan pro-Iran.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi, mengadakan lawatan ke AS dan Iran. – AFP

Tiada ulasan: