PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 30 JULAI 2026
SERANG MENYERANG BERHENTI
SATELAH 15 HARI BERPERANG
IRAN TERUS MEMBEDIL
Pangkalan askar Amerika di Jordan di bedil
Mat Teram klim ada rundingan
Iran tak ambil pot.
HOUTHI YAMAN BEDIL LOJI PENAPIS MINYAK SAUDI
Tiga loji ARAMCO yang mengeluarkan 7 juta tong minyak sehari – terbakar.
SAUDI TUDUH INI KERJA GERILA IRAQ - Kah kah kah - Saudi takut nak tuduh Houthi – walau pun HOUTHI dah mengaku – KAH KAH KAH
TERKINI TERNOW
TERAM ARAH SERANGAN KE ATAS IRAN MULA KEMBALI – amin
HARGA MINYAK MENDADAK NAIK – KAH KAH KAH
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan lebat YANG BERANGIN KUAT- jalan masuk terhalang Pokok Getah tumbang.
Matahari belum keluar – Langit masih penuh dengan awan hitam – ramai lagi belum turun. KL & KL Sentral cerah kerana hujan dan angin kuat
Gua masuk suara Jantan berkokok – di bukit suara Terkukur.
Pagi ini ada satu Geng Baru sampai – lalu bergaduh dengan Keluarga Siti – Tak Tak masuk campur – heboh Hokkien.
Gua bawa makanan ke depan Wakaf Pertama – jauh dari tempat bergaduh – Ramai makan gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Ke tiga Siti mengekor – dapat Friskies -
Berjalan pulang ke wakaf Pertama - satu kumpulan Gagak atas pokok Cempaka – berlagu.
Di Wakaf Pertama ramai dah ada menunggu – Pagi ini Tiong datang solo.
Berjalan pulang suara Murai berkicau – pagi jadi indah – Depan lorong pintu keluar Jantan melintas – jangan muda kacak bergaya – jantan ini yang berkokok. Aduh ! Pagi ini jadi indah.
Jap lagi gua nak jadi Pelancong Politik – nak ke Jelebu nak tengok suasana PRN. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Jika lu belajar dari kegagalan – lu pasti tidak akan gagal.
BRO
Masa depan lu bermula dari hari ini.
BRO
Lu jangan berdendam – dendam itu berat di pikul. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan