Khamis, 23 Julai 2026

MURID DAH BERANI KENCING KEPALA CIK GU


ANAK  MURID

DAH BERANI 

KENCING KEPALA

CIK GU

KAH KAH KAH

CIK GUA 

MENGGIGIL TAKUT

KAH KAH KAH

KHALAS

TERCABARKAH ‘SABAR TAHAP DEWA’ ANWAR BIN IBRAHIM  DENGAN CABARAN ZAHID HAMIDI?


Apabila Timbalan Perdana Menteri melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri dengan kata-kata “pecat sajalah”, ia bermakna Zahid Hamidi turut menawarkan dirinya juga sedia untuk dipecat.

Ini kerana, selain menteri  dan timbalan menteri, Timbalan Perdana Menteri juga dilantik oleh Perdana Menteri.

Tindakan berani Zahid Hamidi memberi cabaran itu dengan sendirinya memberi gambaran bahawa blok anggota pentadbiran UMNO dalam kerajaan perpaduan sudah sedia untuk keluar daripada kerajaan.

Dengan itu, tidak disangkal lagi bibit-bibit perpecahan sudah mula membenih dalam kerajaan perpaduan.

Sampai bila Anwar bin Ibrahim selaku Perdana Menteri mampu mempertahankan kerajaan perpaduan ini?

Perbandingan mudah cabaran Zahid Hamidi itu adalah seperti apabila seorang isteri sudah berani membentak suami dengan kata-kata “abang ceraikan saya”, biasanya rumahtangga yang dibina itu sudah hampir menemui keruntuhan.

Begitu juga dengan kerajaan perpaduan ini, petunjuk daripada cabaran Zahid Hamidi itu adalah isyarat bahawa perpecahan sudah diambang pintu.

Tambahan lagi BN sejak PRN Johor dan kini Negeri Sembilan, mempunyai hubungan yang semakin rapat dan akrab dengan. 

Mereka ini sudah mula bergerak bersama dalam program-program kempen di Negeri Sembilan.

Berikutan hubungan BN dengan PN kini makin rapat, secara semulajadinya tentulah hubungan dengan PH jadi semakin renggang.

Hubungan antara parti sebenarnya lebih kurang sama saja seperti hubungan suami isteri, tidak boleh ada hubungan lebih mesra dengan parti lain yang berada di bumbung yang lain.

Dalam hal ini, lontaran cabaran “pecat sajalah” boleh dikira kemuncak dalam hubungan antara BN dan PH, sama seperti dalam hubungan suami isteri apabila mula keluar kata-kata “abang ceraikan saya.”

Sebelum ini, selain kerap berlaku beberapa perselisihan kecil, bahkan bermula di PRN Johor juga sudah mula timbul ungkit-mengungkit bagaimana kerajaan perpaduan itu tertubuh.

Dengan kempen PRN Negeri Sembilan sedang berjalan dan selepas ini ada PRN di Melaka pula, yang pasti hubungan BN dan PH tentu saja makin jauh merenggang.

Anwar  selaku Perdana Menteri tentunya makin tertekan apabila melihat BN dan PN semakin berani bermesra-mesraan di depan matanya sendiri.

Jika di PRN Johor sebelum ini beliau gah mengeluarkan kata-kata “kalah atau menang, saya tetap Perdana Menteri. Mau ingat sikitlah”, kata-kata ini hampir pasti tidak terkeluar lagi daripada mulutnya di Negeri Sembilan ini.

Memandangkan Anwar bin Ibrahim akan mula turun berkempen di Negeri Sembilan petang ini, paling ditunggu ialah reaksinya terhadap cabaran Zahid Hamidi yang merupakan timbalannya sendiri dalam kerajaan perpaduan.

Masih bolehkah Anwar bin Ibrahim bersabar lagi atau “sabar tahap dewa” yang selalu dikaitkan dengan dirinya akan terlerai berikutan cabaran “pecat sajalah” daripada timbalannya sendiri? - 

Shahbudin Husin 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1341603941296055&id=100063393840098

Tiada ulasan: