Khamis, 23 Julai 2026

PERJUANGAN MERDEKA PATANI


JALAN TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

ANGKAT SENJATA

UNTUK MERDEKA

AMIN

5 tentera maut selepas diserang di selatan Thailand

BANGKOK: Lima anggota tentera Thailand terbunuh semalam selepas diserang di selatan negara itu yang dilanda pemberontakan, menurut pihak tentera dalam serangan paling berdarah pernah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan.

Kata pegawai tempatan, enam orang awam turut cedera dalam serangan di wilayah Narathiwat, salah satu daripada tiga wilayah majoriti penduduk Islam yang sudah lama berdepan konflik pemberontakan.

Pegawai dan anggota Rejimen Pasukan Ranger 45 yang terbunuh dikenali sebagai Sarjan Kelas Pertama, Thirathet Soma-koet; Renjer Sukarelawan, Zakariya Jena; Renjer Sukarelawan, Wimon Dapthong; Renjer Sukarelawan, Nattasit Kaewsena dan Renjer Sukarelawan, Cholatid Pi.

Menurut Bangkok Post, enam lelaki berpakaian hitam yang menaiki sebuah trak pikap Nissan berwarna hitam melancarkan serangan terhadap pos kawalan Bu Ke Chami di mukim Tanyong Mat pada jam 6.45 petang waktu tempatan.

Mereka melepaskan tembakan dan membaling bom paip, menurut Komando Hadapan Wilayah 4, Jabatan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).

Penyerang kemudian melarikan diri melalui Lebuh Raya 4055 menuju ke kawasan mukim Dusongyor.

Pihak keselamatan sedang menjalankan operasi memburu dan mengesan penyerang terbabit.

Jabatan perhubungan awam Narathiwat memaklumkan tiada kumpulan tampil mengaku bertanggungjawab setakat ini dan tiada tangkapan dibuat.

Konflik pemberontakan di wilayah paling selatan Thailand bermula sejak 2004 dan telah mengorbankan lebih 7,000 nyawa.

Kumpulan pemberontak di kawasan majoriti penduduk Islam itu menuntut kuasa autonomi lebih besar daripada kerajaan Thailand.

Kebanyakan serangan sebelum ini menyasarkan anggota keselamatan.

Tentera Thailand memberi penghormatan kepada anggota yang terbunuh dengan menyatakan khidmat dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang serta dihormati. – AGENSI

Tiada ulasan: