SAPA SABOTAJ
KANCIL KE ?
KAH KAH KAH
MUSTAHIL KANCIL
KERANA KANCIL
CALON MAJORTI PKR
KAH KAH KAH
BILA DI NAFI
ERTINYA ADA
KAH KAH KAH
BUNGKUS TETAP
BUNGKUS
KHALAS
PRN N. Sembilan:
Zafrul sangkal
wujud elemen
sabotaj terhadap
calon PKR
PORT DICKSON – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj terhadap mana-mana calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh jentera parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ketika ini.
Menurutnya, pemerhatian beliau ketika turun membantu kempen jentera PKR termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah; Sungai Lui; Seri Menanti dan Gemas sebelum ini, termasuk di Sri Tanjung hari ini, tidak memperlihatkan wujudnya elemen perpecahan dalam kalangan jentera parti itu.
“Biasalah kadang-kadang kita dengar cakap-cakap seperti ini, tetapi dalam perjumpaan saya bersama Ketua-ketua Cabang PKR di seluruh Negeri Sembilan, tidak ada dibangkitkan mengenai kerisauan calon-calon tertentu diboikot ahli atau penyokong sendiri.
“Kerana dalam berdepan pilihan raya ini, semua jentera perlu bersama-sama dalam memastikan kemenangan parti,” katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sri Tanjung yang juga penyandang kerusi itu, Dr Rajasekaran Gunnasekaran berkempen di sekitar pekan Sri Tanjung di sini, hari ini.
Sementara itu, Tengku Zafrul turut melahirkan rasa kesal dan terkilan apabila masih ada pihak yang memainkan sentimen berunsur perkauman dan kebencian ketika berkempen pada PRN Negeri Sembilan ketika ini.
Berbeza dengan PH, katanya, calon dan jentera parti itu bagaimanapun memilih untuk berkongsi rekod baik dan cemerlang Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Menteri Besar, Aminuddin Harun untuk dinilai oleh rakyat.
“Saya harap kempen-kempen yang terlalu beremosi dan menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) tidak diteruskan lagi dan dapat dielakkan semua pihak kerana ia jelas tidak membawa apa-apa impak positif kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul yang juga Ex-Officio Biro Politik PKR melahirkan keyakinan calon-calon yang mewakili PKR pada PRN Negeri Sembilan kali ini mampu menyumbang kepada kemenangan, sekali gus membantu PH membentuk kerajaan negeri.
Ujarnya, meskipun pada ketika ini persaingan dilihat masih seimbang, namun usaha dan kerja keras jentera-jentera parti mampu memastikan sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap PH pada hari pengundian 1 Ogos nanti.
“Di DUN Sri Tanjung ini sendiri, kita tahu calon kita, Dr Rajasekaran merupakan penyandang yang sudah dikenali penduduk kerana banyak menabur bakti dan khidmat kepada rakyat sepanjang hampir tiga tahun menjadi ADUN di sini.
“Ini akan menjadi penilaian kepada pengundi untuk terus memberi sokongan kepada calon-calon PKR dan PH,” katanya. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan