IRAN MENANG
PERANG LAWAN
AMERIKA ISRAEL
AMIN
SELAT HORMUZ
KINI JADI SUMBER
EKONOMI
KHALAS
Jawatankuasa Parlimen Iran lulus peruntukan kenakan bayaran kapal guna Selat Hormuz
ISTANBUL: Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran pada Ahad meluluskan satu peruntukan dalam rang undang-undang yang membolehkan Tehran mengenakan bayaran ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.
Anadolu Ajansi memetik agensi berita rasmi IRNA sebagai melaporkan bahawa jawatankuasa itu meneruskan penelitian terhadap cadangan "Pelan Tindakan Strategik bagi Menjamin Keselamatan dan Pembangunan Selat Hormuz."
Jurucakap jawatankuasa Hassan Qashqavi berkata anggota jawatankuasa meluluskan Perkara 3 rang undang-undang itu selepas perbahasannya ditangguhkan pada mesyuarat terdahulu.
Beliau berkata peruntukan itu membolehkan bayaran dikenakan bagi perkhidmatan pelayaran dan alam sekitar, bekalan bahan api dalam kes tertentu, insurans, keselamatan serta perkhidmatan lain yang disediakan di selat berkenaan.
Harga minyak naik empat hari berturut-turut, harapan damai AS dan Iran semakin pudar
SINGAPURA: Harga minyak meningkat untuk hari keempat berturut-turut apabila pelabur menilai kenyataan bercanggah daripada Tehran dan Washington mengenai sama ada Selat Hormuz dibuka kepada kapal.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 42 sen, atau 0.5 peratus, kepada AS$91.44 setong pada 0630 GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 51 sen, atau 0.6 peratus, kepada AS$85.45 setong.
Iran tak buka Selat Hormuz sehingga AS patuh MoU dimeterai kedua-dua pihak
ISTANBUL: Iran pada Selasa menegaskan tidak akan membuka semula Selat Hormuz sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi komitmennya di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita IRNA.
Bercakap semasa sesi parlimen, Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf, berkata Tehran akan menggunakan cara diplomatik dan ketenteraan untuk membuat Washington 'memahami akibat tindakannya'.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan