TONGKAT
BUNG KARNO
PENUH MISTERI
HINGGA HARI INI
AMIN
HARI INI
TONGKAT
HAJI HADI
AMIN
CARA CARI DANA
YANG BIJAK
AMIN
Bida tongkat kemuning Hadi Awang RM16,500, ini penjelasan Muqharabbin
KUALA LUMPUR: Pendaki Gunung Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin malam tadi memenangi bidaan tongkat kayu kemuning milik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada harga RM16,500.
Menjelaskan tindakannya itu, Muqharabbin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lembah Pantai berkata bidaan bukan kerana nilai sebuah tongkat atau taksub kepada manusia, tetapi kerana ia akan menjadi kenangan serta peringatan sepanjang hidupnya.
"Malam tadi menjadi antara saat terindah buat saya, dapat berada dekat dengan seorang murabbi serta pada masa sama, dapat menyumbang kepada perjuangan PAS Melaka dan PAS Malaysia.
"Bagaimanapun, yang paling penting, tongkat ini menjadi ingatan keras kepada diri saya sendiri.
"Hari ini kita masih kuat, mampu berjalan, mendaki puncak tertinggi, berlari 50 kilometer (km), berkayuh keliling dunia, bekerja dan berjuang tetapi kekuatan itu tidak akan kekal selamanya. Jika Allah panjangkan usia, suatu hari nanti saya juga akan tua dan mungkin akan bertongkat.
"Justeru, selagi Allah beri usia dan kudrat, berjuanglah walau di mana kita berada. Jangan tunggu sehingga kita sudah tidak mampu," katanya melalui satu muat naik di Facebook.
Dalam pada itu Muqharabbin menegaskan tiada perasaan taksub kepada makhluk Allah tindakannya membida tongkat terbabit.
"Penghormatan tertinggi kita kepada manusia hanyalah kepada junjungan besar Baginda Rasulullah," katanya.
Malam tadi, Muhamad Muqharabbin berjaya membida tongkat kayu kemuning milik Abdul Hadi pada Majlis Makan Malam Amal PAS Melaka, dengan harga RM16,500.
Tongkat tertera parap TGHH, bermaksud 'Tuan Guru Haji Hadi' mula dibida pada harga RM2,500 itu dilelong khas dengan persetujuan Abdul Hadi bagi membantu jentera PAS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.
Lelongan itu diadakan sebagai antara usaha mengumpul sumbangan bagi tabung parti.
Muqharabbin, berkata nilai RM16,500 itu juga membawa makna peribadi untuknya, yang menyifatkan ia bukan tafsiran agama terhadap angka, namun sekadar simbol untuk mengingatkan diri supaya menjaga Islam, iman dan ihsan hingga akhir hayat.
"Sebuah tongkat, sebuah kenangan tetapi membawa peringatan untuk sepanjang kehidupan.
"Insya Allah, kita jumpa di Muktamar PAS 2026 di Kelantan. Selagi ada usia, selagi ada kudrat, teruskan berjuang," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan