SEJARAH
MEMBUKTIKAN
HANYA MELAWAN
DENGAN SENJATA
BARU DAPAT
MERDEKA
KHALAS
Siri letupan gemparkan tiga wilayah Selatan Thailand malam tadi
KOTA BHARU: Selatan Thailand digemparkan dengan siri letupan bom di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan sejak malam tadi.
Menurut media tempatan Thailand, kejadian berlaku hampir serentak di beberapa lokasi di tiga wilayah berkenaan bermula jam 8.15 malam.
Laporan awal memaklumkan sekurang-kurangnya 12 lokasi di tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat.
Kejadian dilaporkan berlaku membabitkan beberapa bentuk gangguan seperti letupan, pembakaran tayar, pembakaran kenderaan serta serangan terhadap kemudahan awam dan premis perniagaan.
Narathiwat dikatakan antara wilayah yang banyak berlaku letupan bom diikuti Yala dan Pattani.
Susulan kejadian yang berlaku, pasukan keselamatan Thailand meningkatkan kawalan dan menutup beberapa kawasan bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.
Di Narathiwat, pihak keselamatan dikatakan mengarahkan penutupan sementara kawasan tertentu termasuk Sungai Kolok dan Tak Bai, dengan larangan keluar masuk di kawasan yang ditetapkan.
Sehingga kini, jumlah sebenar kerosakan dan kemungkinan mangsa terjejas masih tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk menentukan keseluruhan kejadian, jumlah kerosakan serta pihak yang bertanggungjawab. Sementara itu, Bangkok Post melaporkan pihak berkuasa Narathiwat mengumumkan perintah berkurung sehingga jam 6 pagi ini susulan kejadian berkenaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan