Jumaat, 7 Ogos 2026

JANGAN HALANG NURUL


JANGAN HALANG

NURUL IZZAH

 NAK SAMBUNG

BELAJAR 

KELAS MEASAK

AMIN

DEMI KEBAHAGIAN

RUMAH TANGGA

SUAMI ISTERI

KHALAS

‘Saya kecewa dengan Nurul Izzah, itu bukan jawatan main-main

Anggota Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyatakan kekecewaannya dengan tindakan Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan timbalan presiden PKR.

“Kalau itu pilihan dia untuk meletakkan jawatan, itu hak dia. 

“Tetapi sebagai seorang anggota parti, saya rasa terkilan kerana jawatan yang disandang bukan jawatan yang main-main. 

“Itu merupakan jawatan kedua tertinggi dalam Parti Keadilan,” katanya.

Rodziah bagaimanapun berkata, dia tidak terkejut dengan keputusan itu kerana sudah beberapa kali mendengar hasrat berkenaan sejak Nurul Izzah memenangi jawatan tersebut.

Menurut Rodziah, alasan yang diberikan Nurul Izzah bagi melepaskan jawatan penting tersebut boleh difahami kerana setiap individu mempunyai sebab masing-masing.

Namun, kata bekas exco Selangor itu lagi, dia berpandangan, alasan tersebut tidak seharusnya menghalang Nurul Izzah daripada terus memperjuangkan agenda reformasi.

“Ada juga orang lain yang masih belajar tetapi tetap meneruskan perjuangan reformasi.

“Jadi, itu terpulang kepada pilihan masing-masing,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di program Projek Amal Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, Ampang Jaya hari ini.

Pada masa sama, Rodziah berpandangan perkembangan itu memberi gambaran bahawa PKR perlu menilai semula hala tuju serta perjuangannya kerana terdapat beberapa langkah yang disifatkan kurang tepat.

“Saya harap kepimpinan tertinggi jangan mempermainkan kedudukan yang diberikan.

“Jawatan itu penting kerana melambangkan kekuatan sesebuah parti politik.

“Kalau kita menerima jawatan tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, perkara itu perlu diberi perhatian,” katanya.

Pada masa sama Rodziah berkata jika benar Nurul Izzah mahu bercuti untuk belajar, ada baiknya dia tidak perlu kembali aktif dalam politik.

“Beri peluang kepada orang lain untuk memimpin PKR,” katanya.

Rodziah bagaimanapun menegaskan pandangan itu dibuat atas kapasiti dirinya sebagai seorang anggota parti dan bukan mewakili pendirian rasmi parti.

Tiada ulasan: