Jumaat, 7 Ogos 2026

KES GANJA DAH JADI KES GILA


KES GANJA

DAH GILA

AMIN

374.6 GRAM

KENA PENJARA

30 TAHUN

AMIN

APA SEDANG

BERLAKU

KHALAS


Mahkamah Rayuan ketepi keputusan bebas, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun

PUTRAJAYA: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.

Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan  Noorin Badaruddin bersama  Radzi Abdul Hamid dan  Meor Hashim Abdul Hamid.

Noorin dalam keputusan memaklumkan hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula hari ini.

Dalam hujahan disampaikan Radzi, panel hakim mendapati terdapat alasan yang cukup bagi membolehkan pihaknya mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan.

"Terdapat kekhilafan menilai secara wajar keterangan pihak pembelaan dan mendapati pembelaan berjaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

"Sebaliknya, kami mendapati responden gagal membangkitkan keraguan munasabah atas kes pendakwaan dan gagal memintas anggapan pemilikan dan pengedaran dadah berada di bawah kawalannya.

"Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, kami membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan responden (Ismahalil) dari pertuduhan," katanya.

Katanya, keputusan itu digantikan dengan sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Peguam mewakili Ismahalil, Hermes Media Putra Ibrahim memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya yang juga pencari nafkah tunggal bagi keluarga.

"Saya memohon hukuman yang ringan terhadap responden berdasarkan faktor usia serta tanggungan pendapatan yang tinggi perlu ditanggungnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dalam prosiding itu memohon pertimbangan hukuman penjara terhadap responden.

"Saya percaya umur responden melebihi 50 tahun tidak dikenakan hukuman sebatan. Jadi, saya mohon pertimbangan hukuman mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pada 17 Julai 2023, media melaporkan Ismahalil, 53, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada September 2011.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas 'Bapakku FM' itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan: