BUKAN SALAH
AGONG
AMIN
BUKAN SALAH
DAP HANNA YEOH
AMIN
BUKAN SALAH
UMNO ZAHID
AMIN
HAKIKATNYA NAJIB
MASIH ADA
KES 1MDB
YANG BELUM
JATUH HUKUM
KHALAS
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menegaskan, beliau sudah menyatakan pandangan secara jujur dan berterus terang berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September lalu.
Hannah berkata, pandangan itu diberikan selepas meneliti pendapat bertulis Peguam Negara dan dalam kapasiti sebagai seorang daripada anggota Lembaga Pengampunan serta menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.
"Sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengampunan dan selepas meneliti pendapat bertulis Peguam Negara, saya sudah pun memberikan pandangan atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan.
"Saya menyatakan pandangan dengan jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani (conscience) saya demi kepentingan negara," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.
Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Jumaat lalu.
Keputusan muktamad pada Agong
Hannah turut menegaskan bahawa selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa dan keputusan muktamad berkaitan pengampunan terletak pada Yang di-Pertuan Agong, termasuk keputusan untuk menangguhkan pertimbangan permohonan berkenaan.
"Tentunya, selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Negara, kuasa dan keputusan muktamad terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) termasuk untuk menangguhkan apa-apa keputusan mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Jumaat lalu, media melaporkan, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat untuk mempertimbangkan, antara lain permohonan Najib bagi mendapatkan pengampunan terhadap sabitan berkaitan kes seleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Najib seleweng RM42 juta dana SRC International
Pada Julai 2020, bekas perdana menteri itu yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.
Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, daripada 12 tahun ke enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan