PAGI INI
PAGI INI
RABU 16 SEPTEMBER 2026
HARGA MINYAK TERUS NAIK
SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA
DUNIA MAKIN KACAU BILAU
HARGA MINYAK TERSU NAIK
Politik kita juga kacau bin bilau – Orang ramai semua sedang menunggu apa hasil kerja sama PARTI PAS dan UMNO.
PRN MELAKA
Kini akan menjadi tanda : Apakah kerjasama PAS – UMNO akan berterusan HINGGA ke PRU16.
ORANG RAMAI dah tak sabar nak humbankan ANWAR BIN IBRAHIM.
Kes TANGKAPAN RASUAH INI makin memualkan rakyat kerana PERASUAH BESAR Azam bin Baki TIDAK DIDAKWA.
MUHYIDIN DNA
Zahid dapat DNAA untuk Anwar bin Ibrahim jadi PM
Muhyiddin dapat DNA untuk Anwar bin Ibrahim terus jadi PM. Amin
HOKKIEN
Pagi ini berjerebu - masih hodoh – matahari belum kelihatan – KL & KL Sentral macam hilang dari penglihatan.
Tim Mak Tetek Besar tidak ada pagi ini – tak tahu di mana MEREKA sambut Hari Malaysia. Depan Pokok Ara Jantan Putih Baik muncul – Geng lain menyalak. Ada dua ekor ikut Jantan Baik hingga ke Wakaf Tiga.
Berjalan pulang salakan makin kuat – lalu gua RASUAH – gua beri nasi - Yang garang nak turun makan – TAPI Tak Tak kejar – yang lain makan nasi & friskies. Tak Tak pun ikut makan sama - nak buat ramai.
Nak sampai Wakaf Pertama Tiong Laki Bini datang berlabuh - dai dah kenal gua - lalu gua tabur friskies.
Ha ha – suara Gagak dan Keng Keng pagi ini tanda mereka juga menyambut Hari Malaysia.
Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Taman Tasik Titiwangsa – nak berforum – mari datang buat ramai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
SAMBUT HARI MALAYSIA
BRO
Lu perhatikan sungai – makin dalam sungai makin banyak air mengalir.
BRO
Lu jadilah mata air yang jernih agar dapat hilangkan dahaga jiran tertangga.
BRO
Lu tahu rezeki ini macam air – ia sampai pada mereka yang berhati rendah. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA





Tiada ulasan:
Catat Ulasan