Rabu, 16 September 2026

SAUDI MINTA BANTUAN NETANYAHU


AKHIRNYA

SECARA TERBUKA

SAUDI MINTA

BANTUAN

NETANYAHU

AMIN

KINI MOSSAD

BERI MAKLUMT

DAN RISIKAN PADA

SAUDI

KHALAS


Arab Saudi keluar amaran keselamatan meluas susulan ancaman ke atas Makkah, Jeddah

RIYADH: Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan di beberapa kawasan sejak semalam, termasuk kota suci Makkah dan Jeddah, susulan serangan berterusan selama seminggu oleh pejuang Houthi disokong Iran.

Serangan itu menyebabkan Arab Saudi semakin terheret dalam konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

Walaupun amaran keselamatan berkenaan ditarik balik tidak lama kemudian, penduduk dinasihatkan terus berwaspada dan berjaga-jaga.

Pihak berkuasa Arab Saudi belum melaporkan sama ada mana-mana peluru yang dilancarkan itu kena pada sasaran.

Tiada pihak juga segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Amaran itu adalah yang paling meluas sejak konflik semakin memuncak minggu lalu.

Ia juga adalah amaran pertama dikeluarkan di Makkah sejak perang tercetus, sedangkan bandar itu menempatkan tempat suci yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan Houthi yang disokong Iran sejak beberapa hari lalu menguasai sebahagian pantai Laut Merah di Yaman, menghadap Bab al-Mandab.

Bab al-Mandab adalah antara selat perkapalan paling penting di dunia. Penguasaan kawasan itu mengancam laluan eksport minyak Arab Saudi yang sebelum ini dialihkan dari Selat Hormuz.

Ketika pertempuran semakin meluas ke kawasan baharu di Asia Barat, keadaan itu memberi kelebihan kepada Iran dalam konfliknya dengan Amerika Syarikat (AS) yang sudah memasuki bulan ketujuh.

Konflik berkenaan turut menyebabkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz merosot dengan ketara, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan minyak dunia.

Houthi sepanjang minggu lalu mengumumkan beberapa serangan besar terhadap Arab Saudi, termasuk serangan ke atas sebuah pangkalan udara pada Isnin.

Kumpulan itu berkata serangan berkenaan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan udara ke atas Yaman.

Sementara itu, Arab Saudi menuduh satu lagi kumpulan yang disokong Iran dan berpangkalan di Iraq sebagai dalang serangan pada Jumaat lalu.

Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright, berkata kepada CNBC semalam, aliran minyak mentah melalui saluran paip itu dijangka disambung dalam tempoh beberapa hari.

Gabungan ketenteraan diketuai Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yaman pula berkata 13 orang awam cedera dalam beberapa serangan Houthi ke atas Arab Saudi pada Isnin.

Houthi minggu lalu turut melancarkan kemaraan pantas di sepanjang pantai barat Yemen sebelum menguasai sebuah pulau di muara Laut Merah.

Sejak saluran paip itu ditutup susulan serangan Jumaat lalu, pedagang memberi amaran bahawa penutupan berpanjangan boleh menjejaskan sehingga empat peratus bekalan minyak dunia.

Harga minyak mentah turut meningkat sejak minggu lalu ke paras tertinggi sejak Mei.

Niaga hadapan minyak mentah Brent melepasi AS$108 (RM433.32) setong semalam, manakala purata harga runcit diesel di AS mencecah paras tertinggi baharu, hampir AS$6.27 (RM21.83) segelen. - REUTERS



Tiada ulasan: