Rabu, 30 September 2026

PERLU TEKNOLOJI BARU


TEKNOLOJI BARU

AMAT DIPERLUKAN

AMIN

ALIH HUJAN

DI SIAM ARAHKAN

KE KALIMANTAN

AMIN

HADIAH NOBEL

MENUNGGU

KHALAS


Banjir Thailand ragut 23 nyawa

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengesahkan sekurang-kurangnya 23 orang maut akibat hujan lebat dan banjir membabitkan 42 wilayah di Thailand sejak hampir dua minggu lalu.

Walaupun air mula surut di Bangkok, operasi di lapangan terbang utama negara itu masih terjejas.

Kerajaan turut meluluskan pakej bantuan bernilai jutaan dolar bagi membantu mangsa banjir serta usaha pemulihan di kawasan terjejas.

Bangkok mengalami kira-kira 320 milimeter hujan dalam tempoh tiga hari minggu lalu, hampir menyamai jumlah hujan yang biasanya diterima bandar raya berkenaan sepanjang September.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, berkata beliau menjangkakan banjir di jalan utama ibu negara itu akan surut dalam tempoh dua hari, manakala kawasan lain yang masih dinaiki air mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk pulih.

"Usaha pemulihan sedang dijalankan di kawasan yang airnya sudah surut," katanya.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri, berkata sekurang-kurangnya 23 orang maut di seluruh negara, termasuk empat di Bangkok.

Sebanyak 42 wilayah terjejas akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan AS$367 juta (kira-kira RM1.55 bilion) membabitkan 24 wilayah, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap ekonomi Thailand yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Walaupun lapangan terbang utama Bangkok masih beroperasi, keadaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi iaitu lapangan terbang terbesar Thailand, menjadi kelam-kabut selepas Thai Airways memaklumkan operasi syarikat penerbangan itu terjejas apabila separuh kakitangannya tidak dapat hadir bekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Thai Airways, Chai Eamsiri, berkata kira-kira 30 penerbangan atau 30 peratus daripada penerbangan berjadual dari Bangkok, dibatalkan hari ini.

Beliau berkata, syarikat penerbangan nasional itu juga masih berdepan masalah kira-kira 5,600 bagasi penumpang yang terkandas di Suvarnabhumi.

"Bagi hampir 100 peratus penerbangan dalam tempoh dua hari lalu, berlaku kelewatan dan kurang daripada tiga peratus berlepas mengikut jadual kerana kapasiti operasi tidak dapat dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, pengurangan penerbangan dari Bangkok dijangka berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari.- REUTERS

Tiada ulasan: