SERANG JANGAN
TAK SERANG
AMIN
SERANG SAMPAI
MENJERIT : MAK OOI
MINTA TOLONG
KAH KAH KAH
AMIN
Ketua perunding Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, yang juga Speaker Parlimen, berkata tiada infrastruktur di rantau itu akan selamat sekiranya keselamatan Iran tidak dijamin.
"Jika kami tidak boleh menjual minyak, tiada siapa yang akan menjual minyak atau jika keselamatan kami tidak dijamin, tiada infrastruktur akan kekal selamat," katanya menurut rakaman televisyen kerajaan.
Berdasarkan laporan media negara itu, Abbas menjangkakan jawapan rasmi AS terhadap cadangan Tehran, hari ini.
Iran mengekalkan sekatan terhadap kapal komersial melalui Selat Hormuz sejak perang tercetus pada akhir Februari susulan serangan AS dan Israel terhadap republik Islam itu.
Sebelum konflik, perairan berkenaan membawa kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia, manakala tentera AS kini mengekalkan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran bagi menghalang eksport minyak Tehran.
Abbas berkata, pengantara Qatar sudah mengemukakan beberapa idea kepada Tehran dan akan membawa perkara itu kepada pihak AS sekali lagi sebelum jawapan akhir disampaikan kepada Iran.
Beliau berkata, Qatar berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan dengan segera, namun pembukaan semula Selat Hormuz bergantung kepada beberapa syarat yang sudah dikemukakan Tehran.
Minggu lalu, rundingan diadakan di New York antara Araghchi dengan utusan AS, Steve Witkoff dan Jared Kushner.
Sebagai prasyarat menamatkan sekatan, Iran menuntut gencatan senjata selama tujuh hari di seluruh Asia Barat, termasuk di Lubnan, selain pembekuan aset Iran di luar negara ditamatkan.
Tehran turut menuntut sekatan terhadap sektor minyaknya ditarik balik serta sekatan laut AS terhadap pelabuhannya dihentikan.
Kedua-dua pihak mendakwa menguasai Selat Hormuz, dengan AS menyatakan penghantaran minyak masih berjalan, manakala Tehran menegaskan laluan itu ditutup.
Pada Selasa, Pengawal Revolusi Iran menolak dakwaan AS bahawa selat berkenaan masih terbuka, sambil berkata kapal yang cuba melaluinya akan berdepan risiko diserang atau terkena periuk api. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan