BARUA KEPALA
MAFIA KORPORAT
AZAM BIN BAKI
WAJIB
DISELAMATKAN
KAH KAH KAH
KALAU BUKA
SEMUA TERBARAI
KAH KAH KAH
HANYA KERAJAAN
UMMAH AKAN
BUKA SEMUA FAIL
KHALAS
Kerajaan masih belum memberikan komitmen untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung pegangan saham bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki kepada umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kerajaan akan menilai keperluan mendedahkan laporan itu dengan mengambil kira peruntukan undang-undang.
Pertimbangan tersebut merangkumi perlindungan maklumat peribadi, kerahsiaan dokumen siasatan, rekod pengisytiharan harta serta kepentingan pihak terbabit.
Dia memaklumkan perkara itu melalui jawapan bertulis kepada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Azalina, Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan mengumumkan sebarang keputusan mengenainya, mengulangi pendirian yang dinyatakannya pada Julai lalu.
Jawapan itu menyusul janji Anwar bin Ibrahim pada 20 Okt untuk mendedahkan laporan siasatan berhubung dakwaan mafia korporat dalam tempoh tiga bulan, termasuk sekiranya Azam didapati terbabit.
Bagaimanapun, laporan yang dijanjikan Anwar bi Ibrahim itu berkaitan siasatan mafia korporat manakala jawapan Azalina merujuk laporan siasatan pegangan saham Azam.
Kontroversi pegangan saham itu tercetus pada Februari, ketika dakwaan mafia korporat turut mendapat perhatian.
Pada bulan berkenaan, Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan Azam, yang ketika itu masih mengetuai SPRM, memiliki pegangan saham besar dalam dua syarikat yang menimbulkan persoalan mengenai pematuhan peraturan perkhidmatan awam.
Semakan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika itu mendapati Azam bin Baki pernah disenaraikan memegang 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham Awanbiru Technology Berhad.
Menurut kenyataan KSN pada Februari, saham Velocity itu dibeli pada harga RM1.416 juta.
Pegangan Awanbiru pula dilaporkan dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta dengan RM1.38 juta pada suatu ketika.
Penjawat awam dibenarkan berdagang saham, tertakluk kepada peraturan pemilikan dan pengisytiharan harta.
Ketika kontroversi itu tercetus, Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024 yang dirujuk menetapkan pembelian saham dalam sesebuah syarikat tidak boleh melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000 berdasarkan nilai semasa, mengikut mana yang lebih rendah.
Azam bin Baki menafikan sebarang salah laku. Dia sebelum ini menyatakan pegangan saham Velocity telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dilupuskan dalam tahun yang sama saham itu dibeli.
Susulan kontroversi tersebut, sebuah panel yang dianggotai Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican menyiasat pemilikan saham Azam.
Pada 10 Mac, KSN memaklumkan laporan panel itu telah diterima olehnya dan Anwar, sebelum dirujuk kepada JPA.
Ketika itu, mesyuarat Lembaga Tatatertib JPA dijangka diadakan dalam masa terdekat untuk meneliti laporan berkenaan.
Namun, keputusan berhubung siasatan tersebut masih belum diumumkan kepada orang ramai, walaupun Azalina berkata Jemaah Menteri telah dimaklumkan mengenai dapatan siasatan.
Tidak jelas sama ada kontroversi itu mempengaruhi keputusan untuk tidak menyambung kontrak Azam bin Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat kali keempat selepas persaraannya.
Kontrak terakhirnya tamat pada 12 Mei lalu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan