Jumaat, 30 Oktober 2026

MENUJU PUTRAJAYA


BERITA BAIK

FORMULA 

DITERUSKAN

PUTRAJAYA PASTI 

DI KENDALI OLEH

BN-PN

KHALAS


PRN Melaka: Kerjasama PN-BN landasan penyatuan ummah menuju PRU16

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai landasan penyatuan ummah dan membina momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerjasama itu bukan sekadar untuk memenangi kerusi ditandingi, sebaliknya membawa agenda penyatuan serta kebersamaan dengan seluruh rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, PRN Melaka menjadi antara langkah awal yang penting selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan, sebelum kedua-dua parti berdepan PRU16 yang dijangka diadakan tahun depan.

"Kalau kita campur antara PN dalam pilihan raya lalu dengan BN, kita boleh menang dengan selesa di Melaka ini.

"Namun, kemenangan tidak akan bermakna sebelum kita sampai ke garisan penamat iaitu pada hari pengundian dan selepas selesai tempoh pengiraan," katanya pada majlis pengumuman calon PN bagi PRN Melaka, di Bukit Katil di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden GERAKAN,  Dr Dominic Lau; Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Wan Saiful Wan Jan.

Beberapa pemimpin UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, termasuk calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan calon BN DUN Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood turut hadir.

Ahmad Samsuri juga mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan semasa, sebaliknya bekerja keras bagi memastikan kemenangan, termasuk membantu calon daripada BN yang bertanding di kawasan masing-masing.

Katanya, kejayaan kerjasama itu di Melaka juga penting sebagai bukti kesungguhan PN dan BN dalam menjayakan agenda penyatuan ummah serta mendapatkan sokongan rakyat yang menerima kerjasama berkenaan.

"PN mahu menawarkan politik matang dan sejahtera dengan komitmen membela rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik, khususnya di Melaka," katanya.

Tiada ulasan: