Isnin, 19 Oktober 2026

HANTAR BABI HUTAN KITA KE JEPUN


TUTUP LADANG

BABI

AMIN

HANTAR SEMUA

BABI HUTAN 

KE ZOO JEPUN

AMIN


Tutup semua ladang babi berskala besar – Wan Saiful


KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan digesa mempertimbangkan penutupan semua ladang babi berskala besar di negara ini, selain menutup segera ladang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang didakwa menyebabkan pencemaran air dan bau busuk.

Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, masalah di Kampung Selamat terus membelenggu penduduk setempat sejak puluhan tahun meskipun pihak berkuasa sebelum ini menyatakan keadaan terkawal.
Menurutnya, penduduk terpaksa menanggung bau busuk yang mengganggu kehidupan harian, termasuk ketika mengadakan kenduri, selain kebimbangan terhadap perubahan warna air sungai berhampiran.

“Walaupun Timbalan Menteri kata terkawal, tetapi di rumah saya yang tidak jauh daripada ladang itu, buka pintu sahaja boleh bau busuk itu.

“Ada juga penduduk berdekatan yang melihat perubahan warna air sungai. Orang yang tidak terkesan mungkin tidak rasa apa-apa, tetapi kami yang tinggal berhampiran menanggung kesan setiap hari,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Saiful berkata, dakwaan pencemaran itu turut disokong oleh dua ujian air yang dijalankan pada September dan Oktober lalu oleh jawatankuasa bertindak penduduk Tasek Gelugor.








 

Tiada ulasan: