Isnin, 19 Oktober 2026

MENDARAT DAN AMBIL ALIH TEHRAN

 


TERAM WAJIB

DI BERI  KULIAH

AMIN

PAKAI  NENEK

MOYANG BOM

TAK GUNA

AMIN

CARA TERBAIK

UNTUK JATUHKAN

KERAJAAN IRAN

IALAH SOLDADU

AMERIKA WAJIB

MENDARAT DAN

AMBIL TEHRAN

KAH KAH KAH

KHALAS




Iran siap siaga hadapi kemungkinan AS guna 'ibu segala bom' - Menteri Pertahanan baharu

ISTANBUL: Parlimen Iran semalam meluluskan pelantikan Mehrdad Akhlaqi Ketabchi sebagai Menteri Pertahanan baharu negara itu, menurut laporan penyiar negara IRIB, lapor Anadolu Ajansi.

Akhlaqi memperoleh 237 undi menyokong serta 15 undi menentang, tanpa sebarang undi berkecuali, daripada keseluruhan 277 undian pada persidangan Parlimen yang diadakan menerusi sidang video.

Ahli Parlimen mengundi selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang pelantikan Akhlaqi, serta meneliti perancangannya untuk Kementerian Pertahanan.

Akhlaqi menggantikan Aziz Nasirzadeh yang terkorban dalam serangan awal Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Sebelum ini, Majid Ebn al-Reza berkhidmat sebagai pemangku Menteri Pertahanan susulan kematian Nasirzadeh.

Dalam kenyataan pertamanya selepas mendapat kelulusan Parlimen, Akhlaqi berkata, Iran sudah mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan AS menggunakan bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast, yang dikenali sebagai 'Mother of All Bombs' (Ibu Segala Bom) terhadap negara itu.

"Kami telah mengambil langkah yang perlu untuk menghadapi tindakan sedemikian, dan terus melaksanakan usaha kami dengan penuh keyakinan," katanya kepada pemberita.

Akhlaqi turut memberi amaran bahawa Presiden AS, Donald Trump, sepatutnya bimbang mengenai usaha membawa keluar tentera Amerika dari rantau itu dengan selamat.

"Jika beliau menggugurkan sebutir bom, beliau perlu melihat berapa ramai anggota tenteranya yang terpaksa dibawa keluar dari rantau ini dalam keadaan terbaring," katanya, yang dipercayai merujuk kepada kemungkinan korban dalam kalangan tentera AS.

Beliau berkata, antara keutamaannya ialah memperluaskan pengeluaran pertahanan melalui rangkaian industri Iran, mempertingkat penyelidikan, dan menyesuaikan struktur Kementerian Pertahanan dengan ancaman keselamatan semasa.

Akhlaqi adalah seorang pegawai kanan yang telah lama berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Sebelum ini, beliau mengetuai Pertubuhan Industri Aeroangkasa Iran, selain dikenakan sekatan oleh AS berhubung pembabitannya dalam aktiviti berkaitan misil Iran.

Tiada ulasan: