MASIH ADA MASA LAGI UNTUK CARI DATE

SURAT KU UNTUK MU
saudaraku anak muda,
jangan membunuh diri
jangan lakukan kerja yang sia sia ini
jika tuan tuan dilanggar lori
bayangkan betapa susahnya
hendak membersihkan jalan raya ini
bayangkan kerja membasuh
bayangkan kerja mencuci
tak mungkin ada rakyat malaysia
yang akan membuat kerja ini
pasti mat bangla akan di panggil
wahai saudara ku
kasihan laaa kepada mat bangla
kami sedar bahawa tuan tuan semua telah gagal
mencari kekasih di hari velentine
kami sedar bahawa muka saudara empat orang ini
memang muka gagal
kami juga sedar bahawa muka muka macam ini
saban tahun akan mendapat surat ' maaf i tak kenal you...'
kami amat sedar saudara berempat ini adalah muka poyo
yang tak laku laku saban tahun
tapi jangan takut
jangan kecewa
cuba mandi bunga
cuba ubah style rambut
cuba pakai jean koyak
cuba pakai pony tail
cuba warnakan rambut jadi hijau
cuba warnakan rambut jadi merah
cuba jangan dengar musik m nasir
cuba jangan dengar lagu mawi
cuba jangan baca akhbar melayu
cuba baca boigraphy john lennon
cuba ketahui semua musik bob dylan
cuba pergi ke petaling street
cuba lepak di brickfeild
cuba jangan tengok tv tapi baca buku
cuba baca tulisan jean paul satre
cuba baca buku ibnu khaldun
cuna baca sejarah baitul hikmah
cuna baca sajak abu nawas
cuba baca buku al-farabi
cuna baca kitab karl marx
cuba berbual tentang falsafah dan bukan mu
kalau semua gagal
mula bergerak dari hari ini
untuk 14 februari tahun 2013
tak ada date tahun ini
kita demo di kuantan
NOTA:
kalau susah susah tak dapat dapat awek
cuba try balak
kata woody allen kalau jadi bisexual
saham kita naik saham 200%
kah kah kah
NOTA:
senarai gagalist
akan keluar esok
nanti dan tunggu
TAK ADA DATE ADA DEMO








