Rabu, 10 September 2025

AKAUN MEDIA SOSIAL DI PADAM


BILA AKAUN

MEDIA SOSIAL 

DIPADAM

BILA AKAUN  DIPADAM
BERBANGGALAH
INI ERTINYA APA AYNG KAMU BUAT BETUL
APA YANG KAMU CAKAP BETUL
KERAN BETUL
MAKA DI PADAMKAN

JIKA MUSUH MENYERANG KITA
INI PETANDA BAIK
INI MAKNANYA 
APA YANG KITA BUAT 
MENUSUK DADA MUSUH
JIKA MUSUH TIDAK MENYERANG
MAKNANYA KAMU PALAT
BUAT KERJA TAK ADA MAKNA

TERUSKAN 
DAN BERBANGGA
DENGAN AKAUN
YANG TELAH DI PADAM
AMIN

PEMIMPIN HAMAS DI DOHA DISERANG


Letupan gegarkan Doha, Israel dakwa sasar pemimpin kanan Hamas

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa melancarkan serangan menyasarkan beberapa pemimpin kanan Hamas semalam selepas berlaku beberapa letupan di ibu negara Qatar yang turut menempatkan biro politik kumpulan itu.

"Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) melakukan serangan tepat menyasarkan kepimpinan tertinggi organisasi Hamas," menurut kenyataan tentera Israel, tanpa menyatakan lokasi sebenar serangan itu.

Media Israel, memetik kenyataan seorang pegawai kanannya melaporkan serangan itu menyasarkan pemimpin tertinggi Hamas termasuk Khalil al-Hayya, ketua Hamas di Gaza yang kini berada dalam buangan dan juga perunding utama kumpulan itu.

Wartawan AFP di Doha melaporkan beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Doha, semalam.

Kepulan asap hitam berkepul-kepul dari stesen minyak Legtifya di bandar itu, manakala bersebelahannya ialah sebuah kawasan kediaman kecil yang sejak awal konflik Gaza dijaga rapi oleh pengawal Emir Qatar selama 24 jam sehari.


Serangan semalam berlaku kurang dua minggu selepas Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir berikrar untuk menyasarkan pemimpin Hamas yang berpangkalan di luar negara.

"Kebanyakan kepimpinan Hamas berada di luar negara dan kami akan jejak mereka juga," katanya pada 31 Ogos lalu.

Hamas dan Israel sudah beberapa kali mengadakan rundingan gencatan senjata secara tidak langsung melalui pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepanjang hampir dua tahun perang di Gaza.

Walaupun dua gencatan senjata sementara pernah dicapai, rundingan itu masih gagal menghasilkan perdamaian yang berkekalan.

Ahad lalu, Hamas menyatakan kesediaan untuk 'segera duduk di meja rundingan' susulan apa yang digambarkan sebagai "beberapa cadangan dari pihak Amerika" yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata.

Presiden AS, Donald Trump pada hari sama mengeluarkan amaran terakhir kepada Hamas dan mendesak kumpulan itu menerima perjanjian pembebasan tebusan yang ditahan sejak serangan Oktober 2023. - AFP

HANYA

SATU JAWAPAN

AMIN

LAWAN TERUS

HINGGA ISRAEL

MUSNAH

KHALAS

PISTOL & GANJA DALAM KERETA YUSOFF RAWTHER ?


PISTOL & GANJA

DALAM KERETA

YUSOFF RAWTHER

DATANG

DARI MANA?

AMIN

Unknown commented on 
"KES ZARA KES RAKYAT 
BENCI KERAJAAN"

kuasa duit jawatan ujian utk keadilan amanah bagi yang ada kuasa tapi syok pada kuasa jawatan duit bukan mudah utk sesiapa pun jadi ketimbang immuniti ada kes tarik diri bebas dnaa etc persoalannya jika mereka org biasa berat berat ,….ada ganja pistol kah kah kah bila bebas persoalannya pistol & ganja mai dari mana? nfa atau garu teloq!!

IKUT ARAHAN KEPENTINGAN CUKONG


IKUT ARAHAN

KEPENTINGAN

CUKONG

KHALAS

Unknown commented on 
"KENAPA PEMBERI RASUAH TIDAK DI TANGKAP SAMA ?"

agc pun melayu daim melayu tun det pun melayu kah kah kah anwar ibrahim pun melayu hehehe 😎😎😎😇😂

Unknown commented on 
"KENAPA PEMBERI RASUAH TIDAK DI TANGKAP SAMA ?"

eksekutif , besar sprm ,pdrm melayu kah kah kah tapi jho low x melayu hehehe!!

Unknown commented on 
"KENAPA PEMBERI RASUAH TIDAK DI TANGKAP SAMA ?"

ada jugak yang buat aduan tapi kena siasat itu persoalannya,…? kah kah kah lihat hal rasuah d sabah,x x ezi hehehe 😇😎🤣😄

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 10 SEPTEMBER 2025

KEYAKINAN RAKYAT


KES ARWAH ZARA
Inkues sedang berjalan. Setiap hari ada laporan  berita resmi. Tapi ini tidak menarik. Warga maya akan mencari berita dan laporan dari para penpengaruh. Berita dari Minah atau Mamat ini lebih menarik dan lebih di yakini.

Inkues - yang memberi keterangan adalah pakar – yang telah teruji. Tapi Warga Maya tidak ambil pot. Mereka tidak percaya pada laporan pakar. Semua di pukimak kan. Jeng jeng jeng.

Ini adalah TANDA RAKYAT DAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP KERAJAAN. Tak ada sesiapa yang mereka percaya. Malah untuk menyedapkan Kes Arwah Zara ada pula PEGUAM dari BERUNAI  yang beri komen pandangan.

Lagi hairan dan pelik bila  SULTAN BERUNAI juga beri komen tentang BULI.

Hakikatnya ialah rakyat tak PECAYA LAGI PADA KERAJAAN. Untuk gua ini PETANDA amat baik. Amin

ISRAEL SERANG DOHA  : dikatakan nak bunuh pemimpin Hamas. Dari BBC yang gua dengar pagi ini 6 telah gugur TAPI bukan pemimpin hamas..

Trump klim dia tak tahu. Netanyahu akui ini hanya kerja Israel. Tapi tak da sapa percaya kerana TRUMP SEDANG KENA PAU OLEH NETANYAHU – ada video TRUMP sedang berjubo dengan budak bawah umur. Video ini ada dalam  tangan Netanyahu. Kerana itu semua yang Netanyahu lakukan Trump hanya angguk.

Kalau Netanyahu datang ke Sabah rompak minyak atau  rampas  tanah hutan Sabah pun Trump akan angguk kepala. Ini power  politik pau.

Beria Trump kena pau ini semakin heboh di Amerika. File BAPAK AYAM JEFFREY ESPTEIN kini terus menjadi berita di media Amerika. Bukan Trump saja yang minat burit ketat – Bill Clinton, Bill Gates – semua peminat burit ketat... semua kena kah kah kah.

QATAR
Israel bom pejabat Hamas di Doha. Enam tewas. Tapi bukan pemimpin Hamas.

FRANCE
Perdana Menteri letak jawatan. Kalah dalam undi tak percaya. Krisis besar di Peranchis – dalam masa  2 tahun ini  France  dah ada 5 Perdana Menteri.

SIAM
Penasihat Anwar Ibrahim  - Taksin - di jatuhkan hukuman satu tahun penjara.  Si Taksin ini adalah PEMBANTAI TAK BAI – musuh warga Patani.

AMERIKA
Ada satu surat ucapan selamat hari Jadi dari Trump pada Epstein. Ada gambar perempuan bogel –  tanda tangan Trump di wilayah bawah  di lihat menjadi bulu burit.

NEPAL
Demo di Kathmandu.  Anak muda dan pelajar bangun lawan rasuah. Kerajaan nak haram media sosial seperti YouTube dan Whatapps – anak muda  melawan berdemo. PM letak jawatan. Rumah PM di selongkar.

GAZA
Kapal FLOTILA NGO yang dalam pelayaran ke  Gaza bawa bantuan makanan telah di serang di laut depan Tunisia. 

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari bersinar indah. Langit biru terbentang dengan sedikit awan putih. KL & KL Sentral cerah.

Di Pintu Masuk gua di sambut oleh simponi Cengkerik. Dari bukit yang jauh suara Tekukur berlagu.

Di depan Pokok Ara gua naik tangga untuk beri makanan pada  anak anak anjing. Mereka tidur dalam Wakaf. Bila gua sampai ibu menyalak. Bila gua tabur Friskies – semua datang makan.

Di jalan ada lagi satu keluarga dengan dua anak kecil. Gua tabur Friskies – semua datang makan. Tak Tak datang cari  awek – cium burit. Ezi tak ambil pot. Nampaknya Warga Asli sudah mula tidak garang dengan Tak Tak dan EZI. Ini menjadikan gua gumbira. Amin

Hari ini akan panas. Jika  petang Hujan Rahmat sampai pasti bawa sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
Bila hujan sampai lu rayakan. Tanpa hujan yang basah kita tak tahu nikmat matahari yang panas.

BRO
Bila lu mandi air hujan lu boleh menangis  - tak ada sapa yang tahu.

BRO
Mandi telanjang dalam hujan adalah nikmat yang wajib kita selalu lakukan.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

KUASA CINCIN ATAU KUASA VIDEO ?


Adun Warisan: Kenapa siasatan terhadap Farhash begitu pantas?

Semakin ramai pihak membantah keputusan menghentikan siasatan berkaitan rasuah terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, terutama ketika masih wujud persepsi tiada tindakan diambil terhadap ahli politik yang terlibat dalam skandal lesen perlombongan di Sabah itu.

Terbaru, Adun Warisan, Calvin Chong menyuarakan kebimbangan terhadap ‘kepantasan’ dan cara SPRM mengendalikan siasatan berhubung skandal itu dan membandingkan siasatan yang masih berjalan ke atas lapan Adun di Sabah.

“Bagaimana SPRM boleh menjalankan siasatan dan membuat kesimpulan bahawa tiada pertuduhan boleh dikenakan terhadap Farhash dalam tempoh yang begitu singkat?”

"Kes ini nampak terlalu cepat diselesaikan, terutama jika dibandingkan dengan kes lapan Adun dan Speaker Dewan Negeri. (Kes berkenaan) sudah lama diketahui umum tetapi masih tiada perkembangan atau maklumat baru daripada SPRM,” katanya.

Chong menegaskan perkara itu menimbulkan persoalan serius, termasuk mengapa siasatan terhadap Farhash diselesaikan “dengan cepat” sedangkan kes yang melibatkan ramai wakil rakyat masih berlarutan “tanpa hasil yang jelas”.

“Adakah SPRM menggunakan standard siasatan yang sama rata kepada semua pihak, atau wujud persepsi dwistandard bergantung kepada individu yang terlibat?

“SPRM digesa menjelaskan perbezaan pendekatan ini serta memberikan kemas kini berkala kepada orang ramai berhubung siasatan ke atas Adun Sabah,” tegas Chong.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata kes membabitkan Farhash, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah ditutup kerana antaranya tiada isu tadbir urus.

Azam menjelaskan agensi itu telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), yang kemudian memutuskan tiada sebarang pertuduhan jenayah boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak.

Pada 21 Julai lalu, portal MalaysiaNow mengaitkan Farhash dengan skandal lesen cari gali mineral di Sabah, termasuk memuat naik rakaman audio yang didakwa menunjukkan Ketua Menteri Hajiji Noor menyatakan sokongan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash.

Bagaimanapun, Lembaga Pengurusan Mineral Sabah Sdn Bhd (SMM) yang dipengerusikan Hajiji menafikan mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan Farhash diberikan lesen meneroka mineral di kawasan hutan simpan besar di negeri itu.

Farhash turut menyifatkan laporan tersebut sebagai palsu dan menghantar surat tuntutan kepada MalaysiaNow serta membuat laporan polis terhadap portal berkenaan.

Chong dalam kenyataan sama berkata integriti dan ketelusan siasatan SPRM ke atas Farhash boleh dipersoalkan kerana badan itu “melaksanakan semuanya dalam diam-diam”.

Dia khususnya merujuk kepada kenyataan Azam bahawa semua pihak yang terlibat telah dipanggil oleh SPRM.

“Siapa pihak-pihak itu? Ingat bahawa kes ini melibatkan rakaman audio ketua menteri (Hajiji) yang memberi arahan kepada SMM untuk meluluskan perkara tersebut, namun sehingga kini, ketua menteri masih belum membuat apa-apa kenyataan atau penjelasan awam mengenai rakaman itu.

“Adakah SPRM ‘menjemput’ ketua menteri untuk disiasat? Di mana ketelusan? Tanpa pendedahan hasil siasatan, bagaimana rakyat boleh menerima bahawa siasatan ini tidak dipengaruhi oleh hubungan politik?” soal beliau.

Sebelum ini, Muda menegaskan bahawa SPRM dan AGC hanya akan dihormati sekiranya berani menguatkuasakan undang-undang tanpa gentar atau pilih kasih.

Mereka mendakwa tindakan menghentikan siasatan terhadap Farhash boleh dilihat masyarakat sebagai “satu lagi episod ‘cuci tangan’ untuk menyelamatkan individu dalam rangkaian politik kerajaan Madani”.

WOIT 

RAMAI TAK

FAHAM

RAMAI TAK 

SEDAR

KAH KAH KAH

LORD OF THE

RINGS ADA

KUASA CINCIN

AMIN

LORD OF THE

RINGGIT ADA

KUASA VIDEO 

AMIN 

TU PASAL

 KES CEPAT 

SELESAI 

SEMUA TAKDA KES

KHALAS