Selasa, 20 Oktober 2026
SELAMATKAN KTM DARI CUKONG
SELAMATKAN
MALAYSIA
DARI JEREBU
DARI CUKONG
DARI ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"TABEK HORMAT"
jangan terjun bangunan.. sakit je dapat.. ikut style perancis.. angkat jolly rogger..
Unknown commented on
"PAGI INI"
tt. Apa ni kau tengok pm kau macam jerbu ta' bagus laa . Kah ...(3)
Unknown commented on
"PAGI INI"
bila hujan turun pada musim kemarau atau masa berjerubu baguih rahmat buat alam tapi jika PM turun baguih utk negara kah kah kah
Unknown commented on
"KTM KINI DI MILIKI
OLEH CUKONG"
Cukong kini dimiliki oleh Chegubard. Ada saja Badrul nak alih tumpuan orang ramai dari PRN Melaka. False flag ni!
Unknown commented on
"PROJEK HUMBANKAN
ANWAR BIN IBRAHIM"
Orang lama dalam politik pandai rompak senyap menyap, orang baru heboh satu kampung, jadi legasi perompak akan diteruskan melalui gabungan parti ketuanan? Kah kah kah mampus Wak Zahid buka yayasan baru lagi pusing cuci duit rasuah masuk ke kantung poket diri kah kah kah kah
Unknown commented on
"KTM KINI DI MILIKI
OLEH CUKONG"
Kah kah kah memang lah perangai penjajah meresap masuk dalam semua bidang, parti penjajah terus merompak duit negara masuk kantung poket diri, parti, kroni, sanak saudara berterusan sehingga sekarang, buka yayasan buka parti bukan apa jua NGO persatuan untuk seluruh duit negara masuk, kes 47 pun begitu juga, yang lain bijak cerita tak keluar,
kalau setakat gaji elaun ahli parlimen ADUN mana cukup membela parti dan ahli? Yang jual tak kena yang beli kena, sama macam tokan dadah yang mengedar besar dibela oleh penguatkuasa yang hisap hidu dadah ditangkap kah kah kah kah selalunya duit jadi gris pelancaran jentera keadilan sosial masyarakat madani kah kah kah kah
KES ROGOL KUCING - SATU DUNIA JADI HAIRAN
SATU DUNIA
JADI HAIRAN
AMIN
BELUM PERNAH
DIBACA KES
ROGOL KUCING
AMIN
MAMAT INI
SAKIT PERLU
RAWATAN
KHALAS
Suspek kes tidak senonoh terhadap kucing miliki tiga rekod jenayah
KOTA BHARU: Suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh miliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 49 tahun itu sudah ditahan reman.
Katanya, pihaknya juga menghantar kucing terbabit kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk pemeriksaan tahap kecederaan.
"Siasatan mendapati suspek mempunyai 11 ekor kucing dan baki 10 ekor kucing terbabit sudah diambil pihak polis dengan badan bukan kerajaan (NGO) malam tadi.
"Suspek tidak berkahwin dan mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes dadah dan pecah rumah.
"Bagaimanapun ujian air kencing ketika tangkapan dilakukan adalah negatif," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob, dilaporkan berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin.
ZIONIS ISRAEL NAK KAWAL SELAT MELAKA
ZIONIS ISRAEL
SEDANG
MERANCANG
UNTUK JADIKAN
SIAM PENGKALAN
BARU
AMIN
UNTUK MENGAWAL
SELAT MELAKA
KHALAS
Thailand pertimbang paksa jualan hartanah milik asing
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menggesa tindakan lebih tegas terhadap rakyat negara itu yang dijadikan proksi warga asing untuk pemilikan tanah.
Susulan itu, kerajaan Thailand boleh memaksa penjualan sehingga 2,300 bidang tanah mencecah nilai hampir RM1.6 bilion, sebagai sebahagian tindakan keras terhadap pemilikan hartanah oleh warga asing kerana menyalahi undang-undang.
Charnvirakul berkata, meskipun Thailand kekal terbuka dan mengalu-alukan pelaburan asing yang jujur serta telus, pihak berkenaan perlu sentiasa mematuhi undang-undang negara itu serta menghormati hak yang diberikan di bawah peraturan promosi pelaburan.
"Siasatan ini tidak boleh terhenti setakat mengenal pasti nama pemegang geran tanah atau pemegang saham syarikat.
"Sebaliknya, siasatan mesti diperluas bagi mengenal pasti pihak yang sebenarnya mengawal pemilikan, individu yang membuat keputusan di sebalik tabir serta pemilik benefisial muktamad," katanya.
Pengarah Jabatan Tanah, Somchai Leelanoi, berkata kerajaan sudah pun mengenalpasti sebanyak 2,360 bidang tanah bernilai RM1.70 bilion yang dimiliki menerusi 1,387 proksi.
Tanah berkenaan meliputi kawasan seluas kira-kira 875 hektar di seluruh negara itu.
"Jabatan itu akan mempercepatkan proses penjualan paksa tanah dalam kes yang didapati menyalahi undang-undang serta meneruskan tindakan undang-undang sivil dan jenayah," katanya.
Sektor pelancongan menyumbang 12.6 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Thailand pada tahun lalu, dijangka meningkat kepada hampir 20 peratus menjelang 2036, menurut Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC).
Bagaimanapun, industri itu semakin mendapat perhatian masyarakat ekoran protes diadakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini berhubung tingkah laku buruk pelancong, selain kebimbangan warga asing membeli hartanah secara besar-besaran di lokasi tumpuan tertentu, termasuk Phuket.
Undang-undang Thailand melarang warga asing atau syarikat milik asing memiliki tanah dalam negara itu, kecuali pihak yang mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga Pelaburan Thailand.
Bagaimanapun, syarikat sendirian berhad boleh membeli tanah selagi majoriti sahamnya dimiliki rakyat Thailand. - AFP
Langgan:
Catatan (Atom)



