ZIONIS ISRAEL
SEDANG
MERANCANG
UNTUK JADIKAN
SIAM PENGKALAN
BARU
AMIN
UNTUK MENGAWAL
SELAT MELAKA
KHALAS
Thailand pertimbang paksa jualan hartanah milik asing
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menggesa tindakan lebih tegas terhadap rakyat negara itu yang dijadikan proksi warga asing untuk pemilikan tanah.
Susulan itu, kerajaan Thailand boleh memaksa penjualan sehingga 2,300 bidang tanah mencecah nilai hampir RM1.6 bilion, sebagai sebahagian tindakan keras terhadap pemilikan hartanah oleh warga asing kerana menyalahi undang-undang.
Charnvirakul berkata, meskipun Thailand kekal terbuka dan mengalu-alukan pelaburan asing yang jujur serta telus, pihak berkenaan perlu sentiasa mematuhi undang-undang negara itu serta menghormati hak yang diberikan di bawah peraturan promosi pelaburan.
"Siasatan ini tidak boleh terhenti setakat mengenal pasti nama pemegang geran tanah atau pemegang saham syarikat.
"Sebaliknya, siasatan mesti diperluas bagi mengenal pasti pihak yang sebenarnya mengawal pemilikan, individu yang membuat keputusan di sebalik tabir serta pemilik benefisial muktamad," katanya.
Pengarah Jabatan Tanah, Somchai Leelanoi, berkata kerajaan sudah pun mengenalpasti sebanyak 2,360 bidang tanah bernilai RM1.70 bilion yang dimiliki menerusi 1,387 proksi.
Tanah berkenaan meliputi kawasan seluas kira-kira 875 hektar di seluruh negara itu.
"Jabatan itu akan mempercepatkan proses penjualan paksa tanah dalam kes yang didapati menyalahi undang-undang serta meneruskan tindakan undang-undang sivil dan jenayah," katanya.
Sektor pelancongan menyumbang 12.6 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Thailand pada tahun lalu, dijangka meningkat kepada hampir 20 peratus menjelang 2036, menurut Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC).
Bagaimanapun, industri itu semakin mendapat perhatian masyarakat ekoran protes diadakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini berhubung tingkah laku buruk pelancong, selain kebimbangan warga asing membeli hartanah secara besar-besaran di lokasi tumpuan tertentu, termasuk Phuket.
Undang-undang Thailand melarang warga asing atau syarikat milik asing memiliki tanah dalam negara itu, kecuali pihak yang mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga Pelaburan Thailand.
Bagaimanapun, syarikat sendirian berhad boleh membeli tanah selagi majoriti sahamnya dimiliki rakyat Thailand. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan