SATU DUNIA
JADI HAIRAN
AMIN
BELUM PERNAH
DIBACA KES
ROGOL KUCING
AMIN
MAMAT INI
SAKIT PERLU
RAWATAN
KHALAS
Suspek kes tidak senonoh terhadap kucing miliki tiga rekod jenayah
KOTA BHARU: Suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing di Pasir Puteh miliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pecah rumah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 49 tahun itu sudah ditahan reman.
Katanya, pihaknya juga menghantar kucing terbabit kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk pemeriksaan tahap kecederaan.
"Siasatan mendapati suspek mempunyai 11 ekor kucing dan baki 10 ekor kucing terbabit sudah diambil pihak polis dengan badan bukan kerajaan (NGO) malam tadi.
"Suspek tidak berkahwin dan mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes dadah dan pecah rumah.
"Bagaimanapun ujian air kencing ketika tangkapan dilakukan adalah negatif," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Semalam media melaporkan, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob, dilaporkan berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan