Rabu, 21 Oktober 2026
INI KES APA DI PERLIS?
APA TERJADI
DI PERLIS?
AMIN
PASAL APA
MB DI GANTUNG?
AMIN
PERLIS ADA MB
ATAU TIDAK?
KHALAS
BERSATU sah gantung MB Perlis
PADANG BESAR: Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, digantung keahlian BERSATU selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa 13 Oktober lalu.
Penggantungan itu disahkan Pengerusi BERSATU Perlis, Izizam Ibrahim, yang berkata surat berhubung tindakan berkenaan sudah dikeluarkan minggu lalu.
Bagaimanapun, Izizam menafikan beliau terbabit dalam penyebaran surat penggantungan yang tular di media sosial sejak kelmarin.
"Ya betul, surat dikeluarkan minggu lepas lagi, tetapi bukan saya yang tularkan. Menteri Besar juga sudah mengetahui mengenai surat penggantungan itu.
"Buat masa ini, kita sedang menunggu keputusan rasmi daripada kepemimpinan BERSATU Pusat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS," katanya ketika dihubungi hari ini.
Surat bertarikh 14 Oktober 2026 itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Mohd Radzi Manan dan memaklumkan keputusan penggantungan keahlian Abu Bakar yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kangar.
Menurut surat berkenaan, Lembaga Disiplin parti yang bersidang pada 13 Oktober lalu memutuskan untuk menggantung hak keahlian Abu Bakar di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU bagi tempoh dua penggal pemilihan parti.
Tindakan itu didakwa diambil berikutan pelanggaran Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Susulan keputusan itu, Abu Bakar turut dilucutkan daripada semua jawatan dipegang dalam parti dan dilarang membuat sebarang kenyataan atas nama BERSATU sepanjang tempoh penggantungan berkenaan.
Bagaimanapun, notis itu menyatakan Abu Bakar masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan untuk membela diri dan mendapatkan pertimbangan lanjut.
DEMO PERANCIS MAKIN MEREBAK
WARGA PERANCIS
TERUS BERDEMO
AMIN
DEMO MEREBAK
KE SELURUH
EROPAH
AMIN
KERAJAAN
LAWAN RAKYAT
KHALAS
Kerahan besar-besaran polis Perancis diarah bagi kawal demonstrasi hujung minggu ini
PARIS: Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu berikrar mengerahkan anggota polis secara besar-besaran bagi menghadapi demonstrasi baharu yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.
Beliau kini berdepan kritikan berhubung pengendalian keganasan jalanan baru-baru ini, susulan demonstrasi kesatuan sekerja membantah kenaikan kos sara hidup dan protes pelajar sekolah menengah menuntut penambahbaikan.
Ekonomi kedua terbesar zon euro itu digegarkan pada Sabtu lalu oleh rusuhan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanya enam bulan sebelum pengundi memilih pengganti Presiden Emmanuel Macron.
Ketika berdepan Ahli Parlimen yang berang di Parlimen, Lecornu mengakui tindak balas pasukan keselamatan tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan berjanji mengambil pendekatan lebih tegas menjelang gelombang demonstrasi baharu.
"Penempatan anggota keselamatan pada Sabtu depan akan dilakukan secara besar-besaran," kata Lecornu.
Beliau menuduh kumpulan radikal ultra kiri merangka 'pelan pemberontakan' menyemarakkan rusuhan berkenaan yang tercetus di sebalik demonstrasi di seluruh negara membantah peningkatan kos sara hidup.
Rakaman pertempuran, kumpulan perusuh menceroboh kedai dan bangunan awam dibakar pada hujung minggu lalu mendorong beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China dan Jerman mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing yang berada di Perancis.
Isnin lalu, pihak berkuasa Perancis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung secara terhad di Paris dan beberapa bandar lain, manakala Lecornu berkata perintah berkurung baharu akan dilaksanakan jika perlu.
Kerajaan Perancis sedang bergelut dengan hutang awam yang tinggi dan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga yang mendadak, selain berdepan cabaran kuat daripada golongan tegar berhaluan kanan.
Rusuhan pada Sabtu dirancang selepas kira-kira 500,000 orang kini menyertai demonstrasi di seluruh Perancis bagi membantah peningkatan kos sara hidup, susulan empat minggu protes pelajar sekolah.
Sementara itu, Menteri Kehakiman, Gerald Darmanin, berkata hampir 150 orang sudah dipenjarakan, manakala lebih 800 lagi dibawa ke mahkamah.
Beliau berkata, tindakan kehakiman yang tegas perlu diambil bagi menghalang orang awam daripada bertindak sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
"Sistem kehakiman bertindak dengan amat tegas. Individu yang tidak mempunyai rekod jenayah terdahulu juga dihantar ke penjara," katanya.
Negara Eropah lain turut menyaksikan demonstrasi membantah kenaikan harga dengan pertempuran kecil tercetus di Milan, pusat kewangan Itali dan Belgium pada hujung minggu lalu.
Kerajaan Itali pada Selasa mengumumkan seramai 500 anggota tentera ditempatkan di Milan sehingga akhir tahun ini bagi membantu polis.
Presiden AS, Donald Trump, mengambil kesempatan daripada pergolakan di Perancis untuk memperhebat retorik anti imigran dan anti Islam, ketika Parti Republikan pimpinannya berdepan cabaran besar menjelang pilihan raya pertengahan penggal November ini.
"Ini berpunca daripada imigresen dan saya sudah memberitahu Presiden Macron supaya menutup sempadan negara," kata Trump.
Bagaimanapun, beberapa penganalisis menegaskan imigresen bukan faktor utama yang mencetuskan pergolakan di Perancis. - AFP
TOLAK ZOO - TEMPAT HAIWAN DALAM HUTAN
ZOO BUKAN
TEMPAT GAJAH
AMIN
TEMPAT HAIWAN
DALAM HUTAN
AMIN
TOLAK DAN
TUTUP ZOO
KHALAS
Unknown commented on
"TABEK HORMAT"
Cool Isham 👌
Answer my question though.
Zoo Malaysia tau jaga gajah ke?
BANI MELAYU WARGA ASLI
BANI MELAYU
PENDIRI TAMADUN
ADALAH
WARGA ASLI
AMIN
Unknown commented on
"PENDATANG HARAM AGENDA PRU 16"
melayu pun pendatang! jangan putar belit fakta dan sejarah! isham pula dari bawah tempurung kelapa dalam perigi buta dalam gua batu di hutan belantara! kah kah kah!
Unknown commented on
"PN DI HARAM - ADA HIKMAH"
pakailah logo nazi! memang sesuai dengan imej pas! puak taliban ada logo tak? apa kata guna logo senapang, kapak, parang serta keris? sangat ngam! kah kah kah!
Unknown commented on
"TURUNKAN YAM SENG
SEMUA SELESAI"
tukang bekam dan isham tak pertahankan balai undang ke? apasal? buah dan batang kecut? hanya melalak di longkang brickfields saja ke? lancaulah usham! kah kah kah!
Unknown commented on
"PENDATANG HARAM AGENDA PRU 16"
Tepat! Pendatang haram sebelum Merdeka yang anggap sendiri tuanpunya tanah ini
Langgan:
Catatan (Atom)




