Rabu, 21 Oktober 2026

DEMO PERANCIS MAKIN MEREBAK


WARGA PERANCIS

TERUS BERDEMO

AMIN

DEMO MEREBAK

KE SELURUH

 EROPAH 

AMIN 

KERAJAAN

 LAWAN RAKYAT

KHALAS 


Kerahan besar-besaran polis Perancis diarah bagi kawal demonstrasi hujung minggu ini


PARIS: Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu berikrar mengerahkan anggota polis secara besar-besaran bagi menghadapi demonstrasi baharu yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Beliau kini berdepan kritikan berhubung pengendalian keganasan jalanan baru-baru ini, susulan demonstrasi kesatuan sekerja membantah kenaikan kos sara hidup dan protes pelajar sekolah menengah menuntut penambahbaikan.

Ekonomi kedua terbesar zon euro itu digegarkan pada Sabtu lalu oleh rusuhan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanya enam bulan sebelum pengundi memilih pengganti Presiden Emmanuel Macron.

Ketika berdepan Ahli Parlimen yang berang di Parlimen, Lecornu mengakui tindak balas pasukan keselamatan tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan berjanji mengambil pendekatan lebih tegas menjelang gelombang demonstrasi baharu.

"Penempatan anggota keselamatan pada Sabtu depan akan dilakukan secara besar-besaran," kata Lecornu.

Beliau menuduh kumpulan radikal ultra kiri merangka 'pelan pemberontakan' menyemarakkan rusuhan berkenaan yang tercetus di sebalik demonstrasi di seluruh negara membantah peningkatan kos sara hidup.

Rakaman pertempuran, kumpulan perusuh menceroboh kedai dan bangunan awam dibakar pada hujung minggu lalu mendorong beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China dan Jerman mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing yang berada di Perancis.

Isnin lalu, pihak berkuasa Perancis mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung secara terhad di Paris dan beberapa bandar lain, manakala Lecornu berkata perintah berkurung baharu akan dilaksanakan jika perlu.

Kerajaan Perancis sedang bergelut dengan hutang awam yang tinggi dan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga yang mendadak, selain berdepan cabaran kuat daripada golongan tegar berhaluan kanan.

Rusuhan pada Sabtu dirancang selepas kira-kira 500,000 orang kini menyertai demonstrasi di seluruh Perancis bagi membantah peningkatan kos sara hidup, susulan empat minggu protes pelajar sekolah.

Sementara itu, Menteri Kehakiman, Gerald Darmanin, berkata hampir 150 orang sudah dipenjarakan, manakala lebih 800 lagi dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, tindakan kehakiman yang tegas perlu diambil bagi menghalang orang awam daripada bertindak sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

"Sistem kehakiman bertindak dengan amat tegas. Individu yang tidak mempunyai rekod jenayah terdahulu juga dihantar ke penjara," katanya.

Negara Eropah lain turut menyaksikan demonstrasi membantah kenaikan harga dengan pertempuran kecil tercetus di Milan, pusat kewangan Itali dan Belgium pada hujung minggu lalu.

Kerajaan Itali pada Selasa mengumumkan seramai 500 anggota tentera ditempatkan di Milan sehingga akhir tahun ini bagi membantu polis.

Presiden AS, Donald Trump, mengambil kesempatan daripada pergolakan di Perancis untuk memperhebat retorik anti imigran dan anti Islam, ketika Parti Republikan pimpinannya berdepan cabaran besar menjelang pilihan raya pertengahan penggal November ini.

"Ini berpunca daripada imigresen dan saya sudah memberitahu Presiden Macron supaya menutup sempadan negara," kata Trump.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis menegaskan imigresen bukan faktor utama yang mencetuskan pergolakan di Perancis. - AFP

Tiada ulasan: