Khamis, 22 Oktober 2026

JEREBU DAH SAMPAI KE JAKARTA


BILA JEREBU

SAMPAI 

KE JAKARTA

BARU MALAON

MULA BERTINDAK

AMIN 


Jerebu: Indonesia kenakan sekatan 32 syarikat berhubung kebakaran hutan, tanah


JAKARTA: Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni, hari ini.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata, kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan. - BERNAMA-XINHUA

TEATER ANTI ISRAEL


BUKAN BODOH

INI TEATER

ANTI ISRAEL

AMIN

NAK BUAT SALAH

BENDERA BILA

PRU 16 SAMPAI

AMIN

AIRPORT KITA

BLACKROCK

 PUNYA

KHALAS 


Unknown commented on
 "TAK MASUK AKAL"

iphone yang kau hari-hari melantak tu bukan israel ada share ke? simpan sikit bodoh tu. kah kah kah!


Unknown commented on 
"IRAN AKAN DI SERANG ?"

telah pun d serang, ada kematian jadi jika berterusan perang bolehlah kita lihat apa kesudahannya , Amerika & Israel dikatakan kuat serta ada bom nuklear jadi tunggu apa lagi hancurkan Iran !!! sebagai Gaza ke2 PBB x leh buat apa2!!

TANAH MELAYU TERGADAI


CUKONG BERI

RASUAH

TANAH MELAYU

TERGADAI

KHALAS 


Unknown commented on
 "MUSUH UTAMA NEGARA
 IALAH RASUAH"

Madani lagi hebat, mesin kuda terus mekar, judi on line mendapat keuntungan besar, scammer berleluasa dilindungi oleh pihak berkuasa, kumpulan kongsi gelap terus gelap mata mendapat gelaran darjah kebesaran bintang cemerlang, Pak Turut disambung kontrak, Pak Cium Tangan terus menjadi ketua kah kah kah kah


Unknown commented on 
"RAMAI DUIT RASUAH"

Ini mesti kerja Yahudi laknatullah, mesti kerja dalaman DAP, mesti kerja kafir harbi, orang-orang syumul suci murni tidak akan terlibat dengan najis rasuah, dot.com.my kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PARTI AMANAH MULA BERSUARA"

Bagi Bangla saja lebih afdal, lebih baik mungkin, orang-orang kita semakin taksub tamak kedudukan kuasa sehingga lupa diri kah kah kah, rasuah duit sudah menjadi darah daging orang-orang kita sekarang, susah berubat tahap Leukemia kanser darah tahap empat, 

susah jumpa orang integriti, lagi tebal kopiah lagi hebat sapu, lagi banyak tasbih lagi kuat makan tepi jadi berhati-hati dengan segala teknik taktik yang dimainkan sejak dahulu kala, semalam Suhaili datang macam biasa saja, tiada kopiah tiada kerusi roda jadi boleh kita rumuskan berani kerana benar? Kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PROJEK SALAH BENDERA"

Aik masih ada? Masih wujud? Masih sampai parlimen? Kemana hilangnya selama ini? Terima kasih wahai ahli parlimen Marang atas pertanyaan sekali sekala tetapi gaji elaun tuntutan semua berjalan lancar setiap bulan amin syukur alhamdulillah orang-orang kita mempunyai nasib yang terbaik, kerja kurang gaji tinggi, sistem kapitalisma campuran sistem ayat-ayat suci menjadi perlindungan amin amin amin kah kah kah


Unknown commented on 
"PENCERAHAN KES ADAT"

Apabila tak jumpa Yahudi, apabila tak jumpa Cina, apabila tak jumpa India, apabila tak jumpa orang Singapura, apabila tak jumpa stokin maka mula lah perangai asal usul, asyik bertengkar bergaduh berlawan untuk kuasa duit kedudukan gaji elaun kah kah kah kah, 

kena faham ini bukan baru tetapi sejak awal zaman lagi bermula, tetapi agenda utama kaut sakau projek ekonomi sehingga trillion hutang janji syurga sekarang syurga kemudian boleh dibeli dengan doa selamat ayat-ayat kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI






PAGI INI

KHAMIS 22 OKTOBER 2026

ANAK MUDA BERDEMO


DEMO DEMO BERDEMO
Indonesia – anak muda pelajar  siswa dan kaum buruh telah  keluar berdemo –  2 tahun  SESUDAH PROBOWO jadi Presiden rakyat Indonesia dah bangun – nak guling PROBOWO

PERANCHIS – demo terus  berjalan.
ALBANIA– demo di teruskan.
SEPANYOL – Turun turun turun
ITALI – Milan di kawal soldadu
POTUGAL – turun lagi
BELGIUM – jalan raya politik anak muda

DEMO jadi pilihan rakyat sedunia.

SATU INGATAN KEPADA BN/PN – TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHAN RAYA !!!

Suasana dunia amat molek – harga minyak mahal – harga barang  makanan makin mahal – INI PELUANG UNTUK MENGHASUT 

Kahwinkan HASUTAN dengan RASUAH  pasti jadi BOM yang akan menjatuhkan kerajaan Madani.

HOKKIEN
Pagi ini agak basah – kemarin ada hujan sekejap – Matahari dah keluar – cahaya di lindung JEREBU. KL & KL Sentral berjerebu.

Ha ha ha – ada IBU nyorok dalam terowong tunggu gua beri nasi – kah kah kah -  pagi ini ramai datang makan – Siti dan Mak Tetek lanjut tak kelihatan – Dua Puppy muncul – Puppy Itam dah hilang – apakah masih hidup ? Dah lama tak nampak.

Wow – pagi ini Tiong bawa kawan dan juga Terkukur datang makan.

Pagi ini gua bersenam di Wakaf Tiga – hanya Tak Tak jadi pengawal yang lain tak muncul .

Wahai hujan datanglah – basahi Kuala Lumpur – banjir pun ok! Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Apikan semangat lu – untuk membakar cita-cita.

BRO
Api-apikan anak muda untuk bangun melawan.

BRO
Waktu malam  bila lu sunyi lu cari api-api sebagai teman  - bukan dalam kota tapi dalam kampung. 

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK


Rabu, 21 Oktober 2026

PENCERAHAN KES ADAT


PENCERAHAN

 KES ADAT NEGERI 9

KHALAS 

PROJEK SALAH BENDERA


KAH KAH KAH

JANGAN RISAU

JANGAN TAKUT

KAH KAH KAH

SEBELUM PRU16

BOLEH BUAT

SALAH BENDERA

KAH KAH KAH

KHALAS

Hadi Awang dakwa ketakutan sedang 


memuncak di pihak kerajaan


PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis yang dikeluarkan semalam dan akan mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar keputusan itu.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal dengan keputusan terbabit yang dilihat mendahului keputusan mahkamah serta menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan.

“(Ini) sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.

“Tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, RoS mengesahkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menurut RoS, keputusan itu dibuat di bawah sub perenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) selepas meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN pada 12 Oktober lalu.

Pada 23 September lalu, RoS mengantung semua kegiatan PN mengikut Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) susulan notis dikeluarkan kepada PN pada 22 September lalu.

PN menerima notis RoS bertarikh 22 September lalu yang memberi tempoh 30 hari kepada gabungan itu untuk mengemukakan penjelasan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur mengikut perlembagaan parti.

“Keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah,” katanya yang jelas merujuk kepada Bersatu.

PAS dan Bersatu - dua parti utama dalam gabungan PN - gagal untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan, sebelum ini - dan dijangka akan bertembung lagi pada Pilihan Raya Negeri Melaka, pada 14 November ini.

Gabungan pembangkang itu yang dikuasai PAS sudah beberapa bulan meminggirkan Bersatu dan pada masa sama gabungan tersebut mendekati Umno.

Abdul Hadi berkata, selain tindakan mahkamah, langkah seterusnya PAS adalah persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 14 November ini.

"PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara.

"PAS juga menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi," katanya lagi