Khamis, 22 Oktober 2026

JEREBU DAH SAMPAI KE JAKARTA


BILA JEREBU

SAMPAI 

KE JAKARTA

BARU MALAON

MULA BERTINDAK

AMIN 


Jerebu: Indonesia kenakan sekatan 32 syarikat berhubung kebakaran hutan, tanah


JAKARTA: Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terbabit dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni, hari ini.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata, kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan. - BERNAMA-XINHUA

Tiada ulasan: