Rabu, 25 Mei 2016

MALAM INI DI BANGSAR UTAMA





MALAM INI

KULIAH

BANGSAR




JEMPUT DATANG

Pakatan politik (Political Pacts) merupakan konsep yang lumrah dalam sistem pilihanraya (Electoral Democracy). Ia bertujuan untuk merebut kekuasaan disamping menyatukan semua pihak dalam menghadapi musuh bersama (Common enemy). 

Berbanding konsep Politik/Demokrasi Permuafakatan (Consociational Democracy) seperti yang diamalkan oleh parti komponen Barisan Nasional misalnya, konsep Pakatan Politik agak bersifat sementara dan bersifta semasa, contohnya hanya ketika berhadapan dengan musim pilihan raya.

Sarjana Perbandingan Politik seperti Arend Lijphart menyatakan bahawa perkongsian kuasa dalam konteks negara beraneka budaya dan etnik lebih efektif dalam meredam pertelingkahan dan konflik domestik. Malaysia misalnya, dikategorikan sebagai negara yang agak berjaya dalam melaksanakan konsep perkongsian kuasa, sekaligus mengelakkan konflik berdarah dalam negara. 

Sebagai contoh, di negara seperti Jerman, tidak akan ada satu parti yang berjaya membentuk kerajaan tanpa perlu membentuk pakatan politik dengan parti yang lain. Hasilnya, kita menyaksikan kerjasama politik antara parti konservatif seperti Christian Democratic Union (CDU) dan parti aliran kiri seperti Social Democratic Party (SDP) di peringkat Persekutuan kini. Hasil pakatan politik akan membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada pelbagai ideologi.

Dalam sejarah politik Malaysia, pakatan politik bukanlah suatu yang baharu. Sejarah mencatatkan antara pakatan politik yang awal dalam negara ini dicatatkan pada 1947 melalui pakatan politik antara Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Joint Council for Action (AMCJA) yang berhasil menganjurkan aksi hartal seluruh Tanah melayu.

Kemunculan pakatan politik yang berbagai dalam lipatan sejarah demokrasi negara seperti Barisan Sosialis, Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif (BA), Pkatan Rakyat (PR) sehinggalah kepada kemunculan Pakatan Harapan (PH). Dinamika politik yang berbagai membentuk corak perjalanan demokrasi di Malaysia.

Tidak dinafikan, dalam masyarakat yang multi-racial, multi-culture dan multi-religion, multi-ideology seperti Malaysia, pakatan politik diantara parti-parti politik sangatlah diperlukan dalam membentuk kerajaan. Boleh dikatakan, tidak akan ada satu parti (single party) yang akan mampu membentuk kerajaan tanpa memerlukan usaha pakatan politik sesama mereka.

Namun, pergolakan yang tercetus, khususnya dalam kalangan pakatan politik parti pembangkang khususnya, menimbulkan pertanyaan apakah pakatan politik masih mempunyai masa depan di Malaysia? Apakah perlu mungkin kesemua parti dibubarkan dan membentuk satu parti besar dalam mencabar kewenangan Barisan Nasional (BN)? Atau mungkin juga sudah sampai masanya BN membentuk 1 parti sahaja tanpa perlu mempunyai komponen parti yang lain?

Bagi menjawap persoalan sebegini, Kuliah Bangsar Utama (KBU) berbesar hati untuk menjemput Dr. Ong Kian Ming, seorang ahli ilmu Sains Politik yang juga merupakan Ahli Parlimen Malaysia. Beliau akan menyampaikan syarahan umum seperti berikut:

Pensyarah Jemputan: Y.B Dr. Ong Kian Ming
Tajuk: Masa Depan Pakatan Politik Rentas Ideologi di Malaysia
Tarikh: 25hb Mei 2016/ 8.30PM-10.30PM
Lokasi: Kelab bangsar Utama, 52C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (Bersebelahan stesyen LRT Bangsar)

Profil Dr. Ong Kian Ming
Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Serdang. Mendapat pendidikan Ijazah Ekonomi dari London School of Economics & Political Science (LSE). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Ekonomi) dalam di Universiti Cambridge. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ph.D (Political Science) dari Duke University dengan pengkhususan Kajian Pilihan Raya (Electoral Studies). 

Beliau berpengalaman luas dalam penyelidikan polisi dan pernah berkhidmat sebagai Penganalisis Polisi di Socio Economics Development and Research Institute (SEDAR) and Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP). Selain itu, beliau juga merupakan Perunding Bersekutu di Boston Consulting Group Kuala Lumpur. 

Sebelum menceburkan diri dalam bidang politik, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Faculty of Economics and Policy Science, UCSI University.

SIARAN LANGSUNG DI www.radiobangsarutama.com 

SEMUA DIJEMPUT HADIR!..





-----------

KIJANG DAN MUJIZAT BBC




BANYAK MUKJIZAT
Kijang memang boleh didapati di negara2 Arab lah. Kijang memang hidup. Lain kali tengok sama rancangan BBC Earth atau National Geographic. Jangan asyik tengok drama2 Melayu jer. Kisah nabi bercakap dengan kijang memang disebut sebagai salah satu mukjizat nabi.

Banyak lagi mukjizat nabi muhammad. Setiap nabi dan rasul yg diutuskan oleh Allah diberikan mukjizat. Misalnya Nabi Musa dengan mukjizat membelah laut merah dengan tongkat. Ikut logik akal memang tak logik. Tetapi dengan izin Allah mmg ia berlaku. on USTAZ KELENTONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/25/16




-----------

Selasa, 24 Mei 2016

PEJUANG BANGSA








INILAH RUPA

PEJUANG 

BANGSA

Kantoi curi henfon di lowyat....! UPDATE Bideo FULL dari PDRM page ...

mforum.cari.com.my › Forum › Semasa › Isu Semasa

Translate this page
Jul 13, 2015 - 25 posts
Laporan polis ini berkait ekoran kes curi yg dijadikn Thsl Rpt:-23347/15. ... menangkap lelaki melayu yang telah curi telefon bimbit petang tadi.

Pekerja di Plaza Low Yat kecewa kes curi telefon dijadikan isu ...

www.astroawani.com/.../pekerja-di-plaza-low-yat-kecewa-kes-curi-...

Translate this page
Jul 14, 2015 - Kekecohan di Plaza Low Yat tersebar di laman sosial seolah-olah berunsur perkauman sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai ...

Insiden Low Yat Kenyataan Ketua Polis meragukan - peguam tertuduh ...

www.astroawani.com/.../insiden-low-yat-kenyataan-ketua-polis-me...

Translate this page
Jul 14, 2015 - Peguam bagi suspek kedua kes curi telefon bimbit di Plaza Low Yat menafikan beberapa tuduhan yang dibuat Ketua Polis Negara (KPN) Tan ...

BERNAMA - Pekerja Di Plaza Low Yat Kecewa Kes Curi Telefon ...

www.bernama.com/bernama/v8/bm/.../newsgeneral.php?i...

Translate this page
Bernama
Archived News (14/07/2015) : Pekerja Di Plaza Low Yat Kecewa Kes Curi Telefon Dijadikan Isu Perkauman. Untuk berita penuh, sila langgan di ...

Pencuri telefon Low Yat dipenjara 4 bulan, didenda RM1k

 | May 24, 2016
Majistret membenarkan Shahrul Anuar menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.






KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 kepada seorang pencuri telefon bimbit Lenovo bernilai RM800 di Plaza Low Yat tahun lalu.
Majistret, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu kepada Shahrul Anuar Abdul Aziz selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.
“Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan tambahan satu bulan penjara jika gagal membayar denda RM1,000,” katanya.
Terdahulu, peguam Shaharudin Ali dalam hujahnya berkata, anak guamnya melakukan jenayah itu akibat tertekan.

KAH KAH KAH

woit

pejuang melayu

ini penyamun

kah kah kah

semua sama

samun curi

rembat bedal

menteri rembat

rakyat kena sebat

PENYAMUN
-------------

BAHASA KIJANG





BERAPA BANYAK

CERITA KARUT

MACAM INI

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH


HADIS PALSU
Supaya kita sentiasa menggunakan fikrah yang diberi Ilahi. Mari kita lanjotkan perbahasan bab Kijang ni dengan pendapat2 yang lain... Hadits palsu             Ahli hadis  dan sekaligus ahli tafsir kondang, imam ibn katsir (w. 774 H) mengatakan bahwa hadits taslim al-Ghazlah ( penghormatan kijang) itu laisa lahu ashl (tidak ada sumbernya),hadismaudhu’ (palsu).

 Imam ibn hajar al-Asqalani (w 852 H)  dalam kitabnya fath al-bari, juga menegaskan hal yang sama. Belaiu berkata “adapun hadits tentang penghormatan kijang kepada Nabi Saw. Maka kami tidak menemukan sanadnya. Baik sanad yang kuat maupun yang lemah.” 

            Karenanya, apa yang di maksud oleh imam ibn katsir itu bahwa hadits penghormatan kijang kepada nabi Muhammad saw. Itu tidak ada sumbernya , adalah juga mencakup pembicaraan kijang kepada nabi Muhammad saw.  jadi, bukan sekedar penghormatan atau salam saja , seperti yang dipahami oleh al-Allamah ali al-Qari, ketika mensyarahi kitab as-Syifa karya al-Qhadi iyadh.             on BAHASA MUDAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:59 PM




------------

KES HASAN MALEK





BERANI KE

BUANG?

CUBALAH


Nasib pemimpin Umno diputus secara konsensus

KUALA LUMPUR - Muhyiddin Yassin dan  Mukhriz Mahathir akan diputuskan secara persetujuan bersama oleh semua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan bermesyuarat, pada Jumaat ini.

Ahli MT Umno, Hasan Malek berkata, beliau percaya ramai ahli MT Umno akan menimbulkan isu ini walaupun perkara itu tidak disebut secara spesifik dalam agenda mesyuarat.

"Ramai di antara kita akan timbulkan isu ini kerana ia melibatkan masa depan parti, negara, jadi akan dibincangkan. Kita akan berikan pandangan masing-masing dan lepas itu kita akan buat keputusan.

"Biasanya keputusan kita bersifat konsensus dan terbuka. Sama ada pecat atau sebaliknya, kita tengok keadaan (mesyuarat), yang pentingnya kita letakkan kepentingan parti lebih daripada yang lain-lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.



KAH KAH KAH

woit

kalau hasan malek

beri statement

maknanya takut

semua kecut

nak buang mukris

nak tendang muhyidin

kah kah kah

silap silap haribulan

hasan malek pulak

yang kena terjang

kah kah kah

SAH TAK BERANI
------------

USTAZ KELENTONG





KELENTONG
Dari segi logik boleh dipertikaikan apakah ekologi di mana Nabi menghuni itu ada kemungkinan haiwan seperti kijang boleh wujud. Di tanah pasir di Timur Tengah tu haiwan seperti cicak kubing, ular, unta, kambing dan biawak mungkin boleh hidup di alam tanah gersang itu.

 Maka cerita Nabi berbicara dengan kijang sulit untuk diterima apatah lagi cerita dongeng yang direka oleh ustaz kaki klentong tu. Ustaz tu klentong terus tiada fakta sejarah, tiada data nak mendukung cerita dongeng tu jauh sekali dia ada buat kajian yang cerita karut tu boleh masuk akal.

Dia cuma bangitkan nama Nabi untuk kita yakin akan klentongnya dan sedih sekali mereka yang melopong dan gelak ketawa dengan klentongnya tu tampak macam insan yang tak sekolah. Cerita2 dongeng dari ustaz sejenis itu tak boleh diterima langsung dek audiens yang terpelajar. on KIJANG MENGGUNKAN BAHASA APA?
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
at 3:05 PM




--------------