Khamis, 27 November 2008

BERITA BAIK UNTUK SISTEM SOSIALIS - GEDUNG MEMBELI BELAH 100 TAHUN MUFLIS , 31,000 HILANG KERJA – the guardian london



Woolworths gedung membeli belah untuk rakyat biasa telah jatuh muflis petang kelmarin. Gedung berumur 100 tahun ini memiliki 800 buah kedai di UK dan di bandar besar dalam dunia.Gedung ini telah menjadi mangsa pertama sebelum perayaan Hari Krismas.

Beberapa jam sebelum Woolworth diistihar muflis, sebuah gedung perabut MFI juga telah tidak dapat membayar sewa. MFI memiliki 111 cawangan. Pada ketika ini 1 dari 4 cawangan MFI telah ditutup.

Kemuflisan Woolworths dan MFI ini akan mengakibatkan 31,000 hilang pekerjaan.

Di Amerika tiga syarikat pembuat kereta terbesar dalam dunia – FORD, GENERAL MOTORS dan CHRYSLER sedang nazak.

Berita ini amat baik untuk mereka yang berjalan kaki , cintakan alam dan cintakan dunia tanpa kereta.

Buku yang terlaris di jual di Eropah ketika ini ialah buku-buku yang bersangkutan dengan pandangan dasar ekonomi sosialis dan pandangan-pandangan ekonomi Marxist.

Di German dua bulan dahulu DAS KAPITAL telah berkali-kali di ulang cetak kerana keinginan warga untuk mengetahui apakah dia dasar ekonomi sosialis. Das Kapital sedang menjadi buku terlaris di Eropah.
s.



13 ulasan:

Malim Deman berkata...

Dunia kewangan menghadapi banyak masalah baru-baru ini disebabkan oleh mereka-mereka yang tamak. Padan muka!

Tanpa Nama berkata...

But we are ok...our Finance Minister said,"we are not facing any economic crisis"...
Woolworth is HUGE in the U.K, and yet can collapse, I'm really wondering.....dia nak C4 kita semua ke???

Tanpa Nama berkata...

TUKAR TIUB..

berita ini tidak relevan dengan situasi semasa di Malaysia yang serba boleh ini kerana pucuk pimpinan negara yang belum mati pucuk kata KEADAAN EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN KUKUH & BERKEMBANG..

PS-saya percaya 100% akan statement di atas..Buktinya ada di depan mata..Kita je yang tak nak bukak mata & lihat.. TAK PERCAYA? tengoklah betapa KEMBANGnya susuk tubuh BIK MAMA yang selaras dengan perKEMBANGan ekonomi negara..

Tanpa Nama berkata...

Begitulah jika semua sistem ekonomi kapitalis yang terlalu gila babi mengaut keuntungan akan menjurus ke destinasi kehancuran, matlamat alaminya, bagi kes Woolworth mengambil masa terlalu lama mak oi selama 100 tahun.
Sistem kapitalis pada satu tahap begitu efisyen tetapi menindas, sistem sosialis bagaimana pula manusiawi tapi tak efisyen? Mana sistem yang terbaik? Mungkin kedua-dua unsur dalam nisbah yang adil adalah terapi terbaik untuk manusia. Atau perlu sistem Islam yang berdasarkan al-Quran/Hadis. Tapi Islam pun ada yang condong sosialis dan kapitalis atau Islam yang diguna pakai pada era keemasannya pada era yang tiada internet, populasi yang kecil, sains dan teknologi belum berakar umbi. Macam mana nak menjanjikan sistem ekonomi yang terbaik bagi manusia yang pelbagai kerenah ini?

Tanpa Nama berkata...

hanya malaysia, tanah air ku xmengalami krisis ekonomi...

"ekonomi malaysia kukuh, ada pertumbuhan" kata pak menteri...
kah...kah...kah...

sama kita ucap terima kaseh pada pak menteri beeEnd kerna dah 50 tahun berjaya menipu org melayu.....

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Sebelum Madey mahaf***un memjadi PM. Malaysia merupakan sebuah negara yang megamalkan 70% sistem sosialis dan keadaan amat aman dan stabil ketika itu.
Kalau tak caya,tanyalah orang2 lama.

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Sosialisme Islam adalah suatu istilah yang dicipta oleh pelbagai ketua Muslim untuk memuaskan kemahuan untuk suatu bentuk sosialisme yang lebih bersifat rohaniah.Sosialis Islam pula mempercayai bahawa ajaran Muhammad adalah bersamaan dengan prinsip-prinsip kesamaan dan pengagihan semula kekayaan.

Unknown berkata...

Di dubai juga ramai yang hilang kerja, dijangka 10 ribu orang...

Tanpa Nama berkata...

Macam mana kita boleh dapatkan buku ini dalam edisi Bahasa Malaysia?
harap Tuan dapat rumuskan dalam artikel tuan supaya kami semua lebih mudah memahami buku ini kemudian nanti.

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

kah kah..

Biar terbeliak borjuis-borjuis kapitalis ini..

Hahaha..

Tanpa Nama berkata...

sian dorang abg syam...baru nak blaja ekonomi sosialis...ntah2 yg menteri kat m'sia ni x tau pasal sosialis atau karl marx..tp abg syam ape2 pun better kita blaja pasal ekonomi islam...disitu ada segala penyelesaian

Tanpa Nama berkata...

our economy cun...hhehe

Tanpa Nama berkata...

Semalam.. sorang Timbalan Menteri MITI buat lawak.... dia kata takder pelabur yang lari dari Malaysia oelh sebab kegawatan ekonomi...

dier nie bodo ker aper.. kalo dah bodo.. bodo sorang diri cukup la.. jangan nak membodo kan orang lain...

Tanpa Nama berkata...

TT!aku nak tau la summary on Dal Kapital,boleh kau translate tak.aku ni malas baca.tq-mental kelas 2