Selasa, 18 November 2008

HANTU RAYA HIDUP LAGI

Apabila saya dibebaskan dari Kamunting tahun 2003 saya telah mengeluarkan slogan Tangkap! Tangkap Madey ! Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini. Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil dari analisa politik.

Di hari Madey meninggalkan pejabat PM , pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil Malam Menghalau Hantu Raya. Di malam itu ramai kawan-kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan Tuan OCPD dari Brickfeild.

Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitoloji Melayu ada kepercayaan dimana seseorang yang telah berjanji dengan Setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metapora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat. Justeru slogan Tangkap! Tangkap Madey! itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Megahalau Hantu Raya itu juga memang tepat.

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisa dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: PERTAMA - penganalisaan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. KEDUA – penganalisaan politik ini dicampur adukan dengan harapan dan mimpi si penganalisa itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul dari ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan. Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang Buddhist, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa di halau. Keputusan pilihanraya tahun 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup. Eric Chia di bawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan di bawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek korek korek. Malah Hantu Raya sendiri telah di heret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Ini cukup mengerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa di halang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali. Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strateji untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan-tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, leterik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu dari dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasa parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporak perandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cerca merba.

Hantu Raya juga telah mengusut masaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada tahun 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk megistrate dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation. Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari tahun 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan ‘agung’ Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengistiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya. Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat patern siapa yang dilantik dan di yakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak Kecik, Megat dengan Penjual Kedai Video, Nazri dengan taxi-taxinya, Rafidah dengan APnya. Lagi banyak si menteri bermasalah lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau saekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki stateji berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat ditangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan di bawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang di wakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutung.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukung-cukung besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukung borjuis nasional yang di ketahui umum. Mereka ini semuanya menjadi polong kaya raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi , ECM Libra, atau Syarikat Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggudam Khairy Jamaluddin, menggudam Tingkat Empat dan menggudam Kalimullah Hassan. Peggudaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriot, dasar luar negara dan dan dan…Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.

Pada akhir tahun 2008 ini kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk di tunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Mahathir Muhamad. Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa?




45 ulasan:

1Portal untuk 1Malaysia berkata...

Bagaimana pulak dengan Anwar Ibrahim? Adakah kita sedang menyaksikan pertempuran sekali lagi antara Mahathir dengan Anwar?

Mahathir is 80+

Anwar is 60+

Statistically, time is not on Mahathir's side. Hence, he has speed up this taking over process.

KJ is not powerful and not experienced enough to outdo, outwit and outlast Madey..

KJ is 30+. He needs another 50 years of asam garam kehidupan.

NIce blog, Tukar Tiub. Keep up the good work.

Tanpa Nama berkata...

Bro Hisham hanya menyentuh Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin ..

Bagaimana dengan Anwar? Adakah ini satu percubaan merebut punca ekonomi?

InsyaAllah Najib Tun Razak akan kembalikan kegemilangan Malaysia. Hari ini sudah dibuktikan tanpa Anwar, Najib masih mampu turunkan harga minyak kepada RM 2. Syabas.

Tanpa Nama berkata...

saya percaya dan sokong 500 peratus pandangan dan pendapat saudara.

sayang, ramai rakyat Malaysia tidak menyedarinya dan rasa saya sikap itu akan berterusan.

Kerosakan negara dulu dan sekarang kesemuanya angkara Firaun moden itu.

Adnan M

Tanpa Nama berkata...

KEPADA master,
ko tu kepala cetek ke atau otak udang? minyak 2.00 seliter tu adalah seharus MESTI ! Bukan kerana najib ! Bangang ! Dan dengan harga minyak dunia setong usd55 harga petrol adalah 1.45 ! kalu ko tak pandai kira sah ko tu kepala otak udang ! kau ingat denga harga 2.00 seliter harga barang akan turun??? kapala hotak ko ! pi pasar tengok ! harga makanan ada turun???! cuma tu roti canai la turun tapi bukan semua roti canai kat malaysia turun bangang ko ! dah kena impak 2.78 sampai hayat pun tetap kena impak ! kepala hotak !

Tanpa Nama berkata...

Ada orang bodoh lagikah kat sini.. Dia kata minyak turun sebab najib?

Bodoh!! minyak turun sebab rakyat laa mangkuk!!! Rakyat yang mintak, rakyat yang memangkah masa PRU tempoh hari!!

Ini mamak memang tak sedar diri, tua2 nak menyusahkan melayu dengan legasi bongok dan ngok!!

Nih mamak, cukuplah anak pinak kaya.. Cukuplah anak pinak jadi katak-katak kapitalis..!!!

Anak muda sekarang, anak muda reformasi!!! Lihat sahaja di Kedah apabila pembangkang menang, tempat mamak ini sendiri berkubur!!!

Inilah namanya reformasi anak muda!!

Lihat sahaja pondok2 kecil anak2 muda melaungkan reformasi di tepi2 jalan sekitar Kedah!! Itulah anak muda reformasi, dahagakan pembaharuan dalam sistem yang sudah cukup menipu!!!!!

Kubang Pasu itu sendiri akan diserang anak-anak muda ini, Kubang Pasu jugalah bakal menjadi saksi mamak ini akan berkubang menjadi bahan gelakkan dan tawaan marhaen di Kedah!!!

Ini bukan rancangan Revolusi!!

Ini rancangan teknologi.. hehe..

BUNG Isham jangan risau, mamak ini pasti akan kami kubangkan dia di lubuknya nanti.. Kalau bukan kami, pasti ada beribu lagi menanti!!!

Tanpa Nama berkata...

HANTU RAYA NIH NAK KENA KASI ROTI SEKAYA BARU DIA TAU!!

BANGGA DENGAN LEGASI DAN ATUR SISTEM YANG BENGAP!!

painah berkata...

Master berkata ...
InsyaAllah Najib Tun Razak akan kembalikan kegemilangan Malaysia

#####
Bro Isham, dah ada satu calun yg nak disuruh pindah ke Zimbabwe!!

Tanpa Nama berkata...

Master.

InsyaAllah Najib Tun Razak akan kembalikan kegemilangan Malaysia.

Kelakar betul statement tu.

Pasal penurunan harga Petrol tu memang patut pun, sebab harga minyak mentah dunia sekarang dibawah $60.

Sepatutnya penurunan dilakukan dengan lebih awal sejajar dengan perubahan harga pasaran dunia.

Tanpa Nama berkata...

hehehe ..

Hidup Najib. Down Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia, khususnya dalam tradisi sastra lisan masyarakat Melayu, terdapat begitu banyak jenis hantu.. Hantu Raya ni agaknya raja hantu kot.. Antara hantu-hantu lain termasuklah: hantu kum-kum (siapa pulak yang mewakili hantu jenis ini sekarang), hantu toyol (hantu ini kerjanya mencuri duit siling saja..jadi tidaklah setaraf dengan polong dan borjuis nasional tu, hantu pontianak (hahahaa..kah kah kah, siapakaah wakilnya?), hantu stokin, dan satu lagi kategori hantu jugak: orang minyak (boleh jadi ada banyak hantu jenis ni sekarang), dan lain-lain jenis hantu.. Kalau semua hantu-hantu ni bebas berkeliaran... apa akan terjadi?

Tanpa Nama berkata...

kah, kah, kah... mampukah Zimbabwe menampung setiap pendatang baru dari Malaysia? Rasanya ramai yang akan kena pindah tu Bro Hisham..

Si Tampok Manggis berkata...

Dari awal berkuasa Madey Hantu Raya tak pernah pun berjuang untuk rakyat, melayu atau Islam. Perjuangannya adalah untuk dirinya dan cukung dan polong di sekelilingnya. Dgn Hantu Raya kembali berkuasa menunggang Najib Mongolia, susuk mana yang nak kita harapkan membela kita orang kebanyakan?

Melayu akan terus-terusan ditipu dan dibodoh-bodohkan. Sampai bila? Sampai negara jadi semacam Zimbagwe.

Mengenangkan teori ini rasanya sampai bila pun kita rakyat marhain takkan merasa kesejahteraan negara. Keluar mulut singa, masuk mulut buaya... masuk mulut naga. Puak2 ni tak ingat ke hidup ni mati sudahnya? Hidup ni sementara? Di sana nanti yang kekal selamanya? Di sana hitungan baik buruk di sini yang menetukan kesejahteraan hidup di syurga atau terbakar di neraka.

hafiz berkata...

perebutan kuasa adalah untuk duit. betol bro. sepertimana dalam seluruh dunia! bagi saya anwar belum berkuasa, belum nampak cacat cela. yang kita nampak adalah sial sundal rantah berantah politisian BN ini. dan encik mahathir merupakan antara yang masih ada pengaruh. perlumbaan untuk PM, adalah perlumbaan untuk kaya! hahah ya. dasar umno ini hebat hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Maaf..Saya tidak dapat menerima kecaman kepada pemimpin saya madet walaupun dia penuh dengan kerosakan dan terlibat dengan pembunuhan rakyat memali..saya terlalu taksub dengat chedet..walaupun dia kata taik itu bole di makan, nescaya saya akan percaya..maaf, saya terlalu taksub dengan chedet...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa jika dibiarkan hantu raya ni bergerak bebas, ada kemungkinan dia akan merasuk anak-anak muda yang darah nya dikatakan manis.

Setakat cakap kosong tentang kejahatan hantu raya tu memang buang masa saja. Hantu raya yang dimaksudkan itu sudah bergerak dan mula berkuasa, jika dibiarkan... ahli-ahlinya akan menghisap darah rakyat..Hantu raya mesti ditangkap dan disimpan dalam botol, tapi siapa yang akan menangkapnya..?

Orang kata nak tangkap hantu raya mesti menggunakan khidmat bomoh..? Siapa layak jadi bomoh..?

Atau hangat-hangat tahi ayam...?

Tanpa Nama berkata...

hidup MASTER...

budak ni dah kena jubur oleh Najib..tu pasai budak ni tengah syok layan stim ngan Najib ni

kahkahkah

hidup MASTER..

eh! lupa pula...insyallah tu maksudnya 'dengan keizinan Tuhan'...Tuhan takkan izin melaun Najib ni master oiiii...

Tuhan tengah bagi chance kat Najib tu tobat!..(kalau tuan kamu ni sedar la master oooiii)..

kahkahkah

PERCAYALAH!..PRU13 AWAL 2010

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya kebiasaanya mempunyai toleransi yg tinggi, tp kali ini saya terasa 'panas' bila ada orang yg berkata harga minyak berjaya diturunkan kepada RM2 oleh Najib, walaupun tanpa bantuan Anwar.

Arrghh..panasnya rasa di hati. Yg Anwar janjikan adalah penurunan harga minyak ketika harganya sedang naik melambung...bukannya ketika harga minyak serendah harga sekarang, iaitu USD55 setong. Ini bila dah turun sedikit, katanya sebab Najib.

Bila harga minyak naik, sebabnya adalah harga pasaran dunia. Bila dah turun, sebabnya adalah kerana kebijaksanaan Najib. Eeee bebalnya penyokong2 Najib ni..

Tanpa Nama berkata...

stupid article. tak mengunang budi.patut penulis blog ini dihukum buang negara selam-lamanye
atau di tembak sebagai petualang bangsa. Ini la di melayu yg bukan melayu. sia-sia aje hidup dibumi bertuah ni. NYAH dari sini

Tanpa Nama berkata...

Aku baru puji Najib sikit je semua dah melenting. Hahaha.

Belum aku kutuk Anwar lagi tu ..

Tanpa Nama berkata...

penulis blog ni entah dia yang hantu raya kot. ataupun sekurang-kurangnya anak hantu. semua politikus di malaysia ni hantu. Kalau nak jadi ahli politik berkuasa tinggi, mesti jadi hantu. Ini termasuk Dollah Badawi, anak, menantu, bini lama, bini baru, kawan2 dan saudara mara anak, menantu, bini lama, bini baru dan puak-puak mereka.

Old Free

Tanpa Nama berkata...

I very much agree with you bro.. Mahathir is a moral thief, and unblushing liar, a supreme dictator, and a cruel, self satisfied monster and attain, in the minds of many, the status of a deity is not only remarkable but a dismal reflection on the human race. He had much in common with Hitler, only no moustache!


Chiselstone

Tanpa Nama berkata...

"stupid article. tak mengunang budi.patut penulis blog ini dihukum ##### "

Aku tak tau la plak sapa yang empunya diri menulis begini, dengan identiti 'Tanpa Nama' aku pasti ini bukan rakyat marhaen Malaysia, entah2 PATI dari bangladesh kot?? dah takde keja nak buat agaknya, yelaa ekonomi negara Malaysia ni kan kukuh, langsung takkan dapat dilanda badai tsunami ekonomi global kata Menteri Keduitan, Najib KAO Ziana Zain heh heh heh

Apa yang aku nak tekan pada 'Tanpa Nama' yang otak udang ni, Hantu Raya yang bro Isham gazette tuh yang patut di hukum sedemikian rupa, seperti yang ko mintak tuh.. kalau nak di tembak sebagai petualang bangsa sememangnya layaklah tapi confirm dia takkan mati coz diakan Hantu Raya.. Pakai jantung mekanikal & pakai bateri lagi.. buang negara.. memang patut sangatlaa sebab Madey tu bukan melayu tapi happrakkk kopakkk rosakkk

Pasal harga minyak drop sampai ke paras RM2.00 hari ni, bukan sebab bijaknya Najib KAO Ziana Zain mengurusi ekonomi negara tapi atas desakan rakyat merhaen yang 'terlalu berpengaruh' dalam mana2 kerajaan yang berpaksikan demokrasi sebagai model pemerintahan negara.

Dalam takrif ilmu ekonomi di mana2 ceruk atas bumi milik Allah S.W.T ni, turun naik harga barang & perkidmatan ditentukan oleh pengguna.. sapa pengguna?? Rakyat Malaysia laa dalam konteks negara kita ni...

For those visitor like 'master' and 'Tanpa Nama' mind your brain before wrote here... god grant us with unlimited bless to think and decide, ya both so disgraceful and blind enough for not judge fairly about what Bro Isham wrote here... fully loaded of double meaning statements here

To Bro Isham, congrats bro, I love to read your article because it's really funny

Let us Malaysian People United to stand all together kasi hantam itu Gerombolan United Malays National Organizations Be End in 13th General Election heh heh heh

Hidup Rakyat Malaysia !!!

Tanpa Nama berkata...

kepada master: haaa kutuk la ... kalo takat kutuk kosong je tade maknanya. Cuba ko ckp dengan fakta baru best.

Tanpa Nama berkata...

Bro,
ulasan yang mantap lagi bermutu tinggi....

chaiyok......

master+najid+madey a.ka.hantu raya+ bEEeND = HAPRAK

kah..kah..kah..

Anak Reformasi berkata...

Bro Sham,

Aku ambik ko punya analisa nih letak kat blog aku....

mintak kebenaran....

Tanpa Nama berkata...

aku sentiasa doa agar hantu raya tu mampos cepat..
serius, aku memang risau dengan tindakan halus hantu raya ni...
apa yang tukar tiub nukilkan ini memang sama dengan apa yang aku fikirkan selama ini..
hantu raya ni memang berperanan besar dalam mempengaruhi budak2 bodo iq '0' dalam gerombolan united malay nasional organisasi...
sebab tu laki bik mama boleh menang mudah dan simpati yg sangat tinggi pada ku li sebab hidup dia memang sia2 je rasanya sebab berapa kali kena bodo dengan hantu raya ni...
mati la cepat wahai hantu raya, kurang2 boleh rakyat cuti peristiwa sehari meraikan kematian dia!!!...

Tanpa Nama berkata...

Salam Tok Hisham,

Sape2 nak jadi hantu raya, blh la mendaftar dlm parti hantu2 raya bebal dan sengal.....

Erk, nama lama parti ni, erkk...meno...ameno...umpph no....lebih kurng gitu la bunyi nye

Tanpa Nama berkata...

master...ko dpt master dari mana haa???ko ameno bahagian mana haaa??ko ker yg repot meting bahagian ameno tut..tak sah sebab tut..haaa?ko ker yg baling kerusi sembunyi tangan kat meting bahagian ameno haaa???ko ker salah satu drpg 900 kes rasuah meting bahagian ameno haaa...

gandingan pilihan aku adalah seperti berikut:

pre.najib
tim pre.mat taib
vice pre Hishammuddin
Hamid Albar
Annuar Musa
pemuda khairi
wanita pidah...

kha kha kha kah
senang kerja pakatan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

apa la yang korang nak marah kan si master tu...dah dia pun mmg suku sakat hantu raya...korang pun tahu kan..keturunan hantu raya nie mcm mana...dia tak kacau org yang beri dia makan...tapi dia akan kacau org yang tak beri dia makan atau kacau org yg disuruh oleh tuannya...so sebagai suku sakat hantu raya...si master nie tengah buat la apa yang tuan dia suruh...jadi biarkan la dia

3viL X eIjI berkata...

aPe????!!!NaJib TuRunKan mYk?biAr bTuL weH..

PaTuT mYk Da TuRun LaMa dA..NaJIb sAjE nAk CekIk KitA.MaSe MyK NaIk,78 sEn SkALi NaIk.MaSe TuRuN..sKeT2 jE.

takyAH lA sOkOnG NaJiB.JiJik!

cOnGrATz WaT bRo IsHam.sDrKaN La InSan2 Yg Hatinya StIlL BuTa..

Tanpa Nama berkata...

terkenal dengen kepercayaan karut dan amalan kurafat yang syirik . Menjamu hantu raya. Kini hantu raya ini sedang naik angin kerana sudah lama tidak dijamu.
Ulasan tentang sejenis hantu raya ini amat bertepatan dengan budaya hantu raya dan membela toyol yang banyak diamalkan oleh pengikut ajaran sesat dikalangan masyarakat Melayu yang mengaku Islam ini.

Tanpa Nama berkata...

Tak mudah Madey nak kembali berkuasa kerana pada PU ke-13 ni, habis anak muda bungkuskan UMNO/BN. Mungkin jika Najis berkuasa BN/UMNO boleh bertahan 2 tahun saja kerana Madey mesti hilang stim dah nak masuk pertengahan 80-anpun. Organ-organ hayat pentingnya akan merosot termasuk memorinya. Saat itu merepeknya akan ke tahap yang membenggongkan semua rakyat termasuk orang UMNO. Ada hadnya dia boleh sibuk nak kembali semula. Gerakan PR semakin kuat walaupun nampak rapuh, tapi yang penting anak muda (2 juta kononnya) akan bakulsampahkan UMNO bersama-sama Madey yang tidak sedar diri itu, PERCAYALAH!

Tanpa Nama berkata...

teori aku ialah..bulan 3 nanti belum tentu si-Dol akan pindah ke Australia,aku juga dok tunggu bila RPK nak bom najib,dan aku setuju dengan tukartiub bahawa mahathir sekarang dok asah parang nak sembelih KJ,dan yang penting, PR/anwar mesti segera by hook or by crook...

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham,

Mahathir adalah satu nama celaka yang ditakdirkan memusnahkan peradaban melayu.
Bangsa mamak yang bila disusur sejarah melayu banyak memainkan peranan talam dua muka dan banyak jiwa yang terkorban angkara bangsa mamak kutty ini.
Kitul,Mandaliar.......watak-watak ini masih ada dikalangan kita hari ini.
Jenis bangsa Mahathir ni akan terus wujud dibumi untuk terus menjahanamkan mana-mana negara.
Mahathir akan sentiasa berlindung disebalik gantinama kedua dan ketiga.Celaka ini tidak pernah mengaku atas segala kerosakkan yang telah dia lakukan.
Memang dasar bangsa celaka Mahathir ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam............
Dalam kecoh politik semasa 'kembalinya' mahafirun, terkenang kepada Almarhum Fadhil Noor ( semoga Allah mencucuri Rohnya.) Antara yang menyentuh hati ialah antara doa beliau agar Allah memanjangkan umur chedet ni, agar Firaun ni dapat saksikan sendiri kejatuhan UmNo dalam hayatnya.
Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Kuda hitam..aduh..kuda hitam memang cantek tapi cepek..kudang kepang pula ..kulit sapi kering..

Berjumpa kembali, sambil berehat selepas menikmati makan malam berulamkan petai dan tempoyak, goreng anak ikan haruan .

Di kurung, dikonkong, terperusuk, disumbat kedalam ..berdiri dibelakang jerigi palang besi di Pudu, Sg Jelok , Sg. Buluh, Kemunting . sama saja saperti Macap Umbo pada PATI.

Dalam system kapitalis dan berlatar belakangkan fahaman secular maka tidak mustahil pencabulan , salah guna kuasa, korupsi,nepotisma, favorastisma dan cryonisma berleluasa dan bermaharajalela .

Perlu diingat pemodal inginkan punca ekonomi, Bureaucrat dalam pentadbiran mengendalikan khazanah negara di kuasai olih politikus yang rakus kerana tidak ada pemisah diantara politik dan kuasa eksekutif, dan ahli politik yang perlukan wang suapan untuk keselesaan dan menjanjikan undi dan sokongan.

Kewujudan kroni tidak wujud semasa ahli-ahli dalm parti politik unggul( satu masa dulu bukan sekarang ini) orang melayu ramai diterajui dan di pimpin olih kaum guru dan pendidik. Pasrah dalam ketetapan putaran alam ini, apabila lewat 70'an apabila adanya DEB dan bangkit system feudal "Ali & Baba" maka minda business mula menyerap dalam akal orang melayu yang cetek ilmu kemudi perniagaan . Akhir nya tumbuh saperti cendawan selepas hujan "usahawan berasakan komisyen, %, pajak lesen , sewa permit " . Di pertengahan 80 'an lahir angkatan "kontrektof klas F" duduk mencangkung dan menunggu peluang mendapat kerja secara hand down sehinggakan tidak ada daya saing sehingga kini .

Pengenalan kepada pasaran saham dan pemberian saham syarikat tersenarai (untuk menepati 30% pemilikan bumiputera) kepada syarikat milik bumiputera yang layak telah memburukan lagi ketamakan pemodal Bumiputera khususnya . Akhirnya sebagai "fast track establishment" dalam penguasaan pemilikan ekuiti maka lahir lah putera terpilih saperti Raja Shamsudin hilang cincin , Raja Wan Mee, Raja Alim, Raja Anuar Man, Raja Taju Mas....

Barisan pemodal ini juga yang memodalkan parti orang Melayu yang unggul hasil daripada pemberian limpah ruah secara proxy ini.

Tepat secara perintis dan jajaran untuk mempercepatkan proses pemilikan walaupun diakhir lap larian (home run )sebilangan besarnya tersungkur (pasaran saham turun menjunam dan kos pinjaman meningkat) dan hancur lebur
proses pemilikan ekuiti
bumiputera.

Dan untuk menambah dan memperbanyakan dana maka peluang diberi kepada mereka yang berkemampuan dan taat pada " mixed indian stallion" . Inilah punca dan asal penyakit "rasuah " dalam tubuh organisasi parti ulung orang melayu .

pendekatan dan kesebatian orang melayu kepada punca wang yang mudah dan rasuah tidak akan dapat dipisahkan sehingga akhir zaman. Orang melayu akan terlebih dahulu lenyap dalam kamus civilisation dan akan menjadi pelarian tanah air sendiri (orang melayu sendiri tidak sebijak bangsa Yahudi) - Alangden

Tanpa Nama berkata...

Tak kira siapa PM atau Parti apa memerintah. Mereka bertanggungjawab pada rakyat seluruhya. Jika ada yg kata TQ Najib sebab turun harga minyak, ok...baguslah. Tp siapa pun di tempat Najib, memang kena buat begitu. So..this is not about Najib or Paklah. Ngok betul la budak2 ni. Harga minyak turun...bagus, buat kerja...bagus. Tapi salah tetap kena dakwa. Kita bukan tuhan nak ampun2kan salah org beb. Salah tetap salah, tibai tetap tibai.

- Jo.

juwei berkata...

wah tegangnye.. hehe..

------------------------------
http://juweialhaj.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Najib Razak hantu apa plak wei? Sebabkan dia menteri entot-entot, Orang Minyak kot?!

pemikir lapuk berkata...

ala najib razak..yg sekolah tk habis tu

Tanpa Nama berkata...

salam...

hantu raya sentiasa ada kat negara kita ni... saya tidak menyalahkan mana2 pihak, sebenarnya senuanya sama, biru gelap ke, biru cerah ke, hijau ke, merah ke... semua inginkan kuasa, so kita sebagai rakyat perlu berwaspada memilih wakil rakyat kawasan kita, jangan nanti dah menang, lupa masyarkat setempat yang menyokong mereka....

wassalam.....

Tanpa Nama berkata...

Absolute power corrupts absolutely.
As simple as that.

Tanpa Nama berkata...

yea yeaa umno bodo...yea yeaaa umno bodo...

dok taksub ngan hantu keling watpa...

bodonya org umno..

hantu raya tu bukan melayu..sebab tu melayu umno dok bodo...melayu umno dok kena pebodo dengan hantu keling mengaku melayu..

wakakaka...umno, dlu kini dan selamanya...bodo!!

wakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

Jangan-jangan Antu Raya ni ada Guruji lagi pawer dari Guruji Bik Mama kot? Orang lain dah lama mampus, dia sorang ni hidup ala ala Zombi gituh!
God please save Malaysia!!!

kicap berkata...

Hantu Raya ? Polong-polong ? Jembalangnya x muncul huhuhu

patutler lintang pukang pentadbiran negara rupanya bukan insan yg mentadbir. gunakan lah khidmat kiyai atau lebai-lebai untuk menghalau hantu raya dan polong-polong ini dari ganguannya di Malaysia ini.